Cara Daftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan Dan Syarat

3520
views

Daftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan. Berita baik untuk semua pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di Malaysia. Jika anda seorang yang ikuti pembentangan Bajet 2017 sebelum ini, pasti dah sedia maklum bahawa kerajaan telah membenarkan pelajar di IPT untuk berniaga.

Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017, pelajar pelajar di pusat pengajian dalam negara boleh menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma melalui Skim Pelajar Perniagaan.

Borang Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM

SSM telah memperuntukkan geran RM10 juta bagi tempoh 10 tahun dengan RM1 Juta peruntukan kepada pelajar yang layak sahaja. Dengan skim ini, pelajar IPT yang sedang membuat perniagaan online kini boleh mendapatkan sijil pendaftaran perniagaan SSM secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Syarat Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 Online

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Sedang mengikuti pengajian sepenuh masa dimana-mana pusat pengajian dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Terpakai kepada pendaftaran perniagaan baharu sahaja sama ada pemilikan tunggal atau perkongsian untuk tempoh 1 tahun bagi setiap pelajar disepanjang tempoh pelaksanaan skim.
  • Rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar sahaja.

Cara Daftar Borang Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 Online

  1. Sila hadirkan diri ke pejabat cawangan SSM yang berdekatan.
  2. Dapatkan borang di kaunter.
  3. Dua (2) salinan kad pelajar yang masih berkuatkuasa.
  4. Salinan asal surat perakuan pelajar dari pusat pengajian.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke [email protected].

‘PERNIAGAAN ADA BERMULA DI SSM’

Kepada pelajar yang layak dan berminat dengan skim 1 Pelajar 1 Perniagaan, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter