Home Student Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online

Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online

26598

Hari ini kami ingin membantu anda membuka Akaun SSPN-i Plus secara online tanpa melalui mana-mana cawangan bank atau kaunter PTPTN. Pembukaan akaun secara online mudah dan boleh menjimatkan masa, perjalanan, dan tenaga anda.

SSPN-i adalah merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’.

Cara Daftar Akaun SSPN-i Plus

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.

Pembukaan akaun digalakkan dibuat melalui Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank bagi mempercepatkan proses.

Komitmen bulanan yang perlu dibayar adalah bergantung kepada pakej yang kita pilih. Berikut adalah pakej yang disediakan dalam SSPN-i Plus.

Manfaat Akaun SSPN-i Plus

Selain daripada manfaat kesihatan, pendeposit SSPN-i Plus juga akan mendapat pengecualian cukai simpanan bersih sehingga RM 6,000 untuk simpanan dan tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM 6,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa.

Itulah serba sedikit pengenalan berkaitan SSPN-i Plus. Maklumat lanjut boleh lihat di laman web SSPN-i Plus

Daftar SSPN-i Online

Apa yang lebih menarik adalah, pendaftaran akaun SSPN-i Plus boleh dilakukan terus secara online tanpa perlu hadir ke pejabat PTPTN. Ini akan menjimatkan masa kita yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja seharian.

Untuk mendaftar akaun SSPN-i Plus sila ke paparan web pendaftaran atau klik pautan dibawah.

Nota : Anda hanya perlu isikan maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan sehingga habis. Kemudian akan dinyatakan terma dan syarat yang perlu anda fahami. Sila baca dan fahamkan betul-betul syarat dan manfaat yang anda perolehi dengan membuka akaun SSPN-i Plus ini.

Selepas selesai mengisi borang, anda kemudiannya akan dikehendaki untuk memasukkan deposit ke dalam akaun tersebut. Sekurang-kurangnya nilai 1 bulan untuk pakej yang anda ambil. Bayaran boleh dibuat melalui online banking ataupun kredit card.

Bayaran bulanan selepas pembukaan akaun boleh dibuat melalui kaunter PTPTN, potongan gaji, auto debit dan paling mudah adalah dengan bayaran secara online melalui SSPN-i Plus Online.

sspni-4

Terima kasih kerana membaca Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online. Semoga perkonsian ini berguna untuk anda semua.

Baca : 8 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter