Cara Bayar Zakat Fitrah Online Setiap Negeri Dan Kadar Bayaran

256
views
Iklan Infopelajar2u

Berikut dikongsikan kadar zakat fitrah untuk setiap negeri di Malaysia bagi tahun 2020 Masihi / 1441 Hijrah dan juga saluran-saluran pembayaran zakat fitrah secara online dan melalui aplikasi mobile.

Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri (bagi Malaysia) berdasarkan nilai satu gantang Baghdad beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Islam negeri masing-masing.

Cara Bayar Zakat Fitrah Online

Kadar zakat fitrah bagi setiap negeri akan dikemaskini sebaik ia diumumkan oleh Majlis Agama Islam masing-masing.

NegeriKadarSaluran Pembayaran
Kelantan

RM7.00 (Namun pembayaran mengikut kadar RM14 atau RM21 adalah digalakkan)

  • Amil
  • Laman e-Zakat payment MAIK 
    https://zakat.e-maik.my/ 
    (FPX, JomPAY, Kad Kredit)
  • Perbankan internet (16 bank)
  • Aplikasi MyMaik eZakat Payment
  • SMS
TerengganuRM7.00
  • Amil
  • Perbankan internet (7 bank)
  • Aplikasi SnapNPay
PahangRM7.00
PerlisRM7.00
  • Amil
  • Perbankan internet
    (BIMB, Maybank, CIMB)
  • Aplikasi SnapNPay
KedahRM5.00, RM7.00, RM14.00 & RM21.00
Pulau PinangRM7.00 & RM16.00
  • Amil
  • Aplikasi SnapNPay
  • JomPAY
  • QR Code
  • Aplikasi GoPayZ
  • FPX
PerakRM7.00, RM14.00 & RM21.00
SelangorRM7.00, RM14.00 & RM21.00
Negeri SembilanRM7.00
  • Portal Pembayaran Zakat melalui www.zakatns2u.biz
  • Aplikasi ZakatN9
  • Aplikasi SnapNPay
  • JomPAY
MelakaRM7.00 & RM14.00
JohorRM7.00 & RM10.00
SabahRM6.00 & RM7.50
  • Amil
  • Perbankan internet
  • Portal MyEG
  • Aplikasi SnapNPay
  • JomPAY
SarawakRM7.00
  • Amil
  • Portal Pelanggan TBS
    (Baitulmal Kamek)
  • Portal MyEG
  • Maybank2U
  • Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak
  • Aplikasi SnapNPay
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan LabuanRM5.00 & RM7.00
  • Amil
  • Kaunter PPZ-MAIWP
  • Portal PPZ fitrah.zakat.com.my
  • Perbankan internet (14 buah bank)
  • PayHalal
  • MyEG
  • U-Mobile
  • Pos Online

Kadar Zakat Fitrah

Bagi negeri-negeri yang menetapkan lebih dari satu kadar zakat fitrah, kadar zakat hendaklah dipilih berdasarkan jenis/harga beras yang menjadi makanan harian sipembayar zakat dan keluarga, contohnya:

  • RM5.00 – Beras Super Tempatan (10-15% hancur)
  • RM7.00 – Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur)
  • RM14.00 – Beras Super Import/Beras Perang/Beras Pulut/Herba Ponni/Beras Wangi
  • RM21.00 – Beras Basmathi/Beras Jepun/Beras Merah

Baca Juga : Cara Solat Terawih Secara Ringkas

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu, dan anda boleh kongsikan kepada rakan-rakan melalui facebook dan sebagainya.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here