Buku Kaedah Cepat Membaca

1036
views
Iklan Infopelajar2u

Kaedah Cepat Membaca. Tabiat menghafal dikenal pasti antara faktor menyebabkan ramai murid gagal menguasai kemahiran 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Kajian yang dijalankan oleh guru pemulihan khas Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Setia, Noraniza Abdul Rahim terhadap sekumpulan murid mendapati meskipun boleh menyebut abjad sama ada dalam bentuk nyanyian mahupun bertutur, tetapi mereka gagal mengecam abjad secara rawak dan tidak tahu membaca.

Noraniza Abdul Rahim bersama buku Bijak ABC yang dihasilkannya.

Noraniza berkata, berdasarkan kajian itu beliau membangunkan modul dengan menyesuaikan 12 konstruk Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi membantu murid kelas pemulihan di sekolah beliau mengajar.

“Modul yang saya hasilkan ini melalui beberapa proses pe­ngubahsuaian bagi memastikan setiap kandungan benar-benar dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Sesuai untuk LINUS

“Kini, saya menggunakan modul ini untuk mengajar murid yang dikenal pasti tidak boleh membaca di sekolah kami dan hasilnya murid mampu membaca secara asas seawal 10 hari,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

Kajian beliau mengambil masa selama lima tahun dengan me­­ngambil kira pelbagai faktor bagi memenuhi kehendak dan kesesuaian Program Saringan LINUS yang diperkenalkan di sekolah pada 2010.

Modul yang dihasilkan itu kini dibukukan oleh BH bertajuk Bijak ABC merangkumi 3 jilid dan sesuai digunakan oleh murid prasekolah, Tahun Satu, kelas pemulihan dan yang mempunyai masalah pembelajaran.

Beliau berkata, buku itu juga sesuai dijadikan sebagai bahan pengajaran oleh guru di dalam bilik darjah dengan pelbagai teknik berkesan antara lain penggunaan kad huruf, suku kata, perkataan atau tayangan slaid berdasarkan modul yang disediakan.

“Bagi ibu bapa yang mahu melihat sendiri perkembangan anak mereka, digalakkan untuk memiliki dan mengguna pakai buku ini di rumah sekali gus mempercepatkan proses pe­­nguasaan membaca.

“Penggunaannya secara konsisten oleh guru atau ibu bapa, bukan sahaja membolehkan murid menguasai bacaan asas dengan cepat, malah boleh lancar membaca dalam tempoh kurang dari enam bulan,” katanya

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter