Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan dan mengambil peduli terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah jumlah bantuan itu dinaikkan dan akan dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan
Kenaikan kadar BR1M bagi tahun 2017 diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 yang berlangsung di Parlimen pada 21 Oktober 2016
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan
BORANG PERMOHONAN BR1M 2017 DAN PENDAFTARAN ONLINE PEMOHON BARU MELALUI EBR1M
Berikut adalah informasi tentang syarat kelayakan kategori berserta nilai atau jumlah bantuan kewangan yang bakal diterima dan cara permohonan terutamanya kepada pemohon baru BR1M
Kategori Isi Rumah Dan E-Kasih
RM 1200 | |
Kriteria / Syarat Kelayakan | Pendapatan Kasar Bulanan: RM3,000 dan kebawah (termasuk warga emas) Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja) Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya:
|
RM 900 | |
Kriteria / Syarat Kelayakan | Pendapatan Kasar Bulanan: RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas) Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja) Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya:
|
Kategori Individu Bujang 21 Tahun Keatas
RM 450 | |
Kriteria / Syarat Kelayakan | Pendapatan Kasar Bulanan: RM2,000 kebawah Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja) Individu (bujang)
|
Kategori isi rumah, E-Kasih dan warga emas layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun
Info Skim Khairat Kematian
Skim Khairat Kematian akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017
Klik : Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2017
Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual (guna borang) Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami / isteri / ibu / bapa / anak sahaja
BORANG PENDAFTARAN ONLINE DAN MANUAL PERMOHONAN BR1M 2017 : PEMOHON BARU
Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M atau pemohon yang telah disahkan gagal dalam permohonan sebelum ini dan sekiranya menepati kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan boleh mengemukakan permohonan baharu BR1M untuk tahun 2017
Maklumat dan butiran cara permohonan boleh rujuk kepada ruangan yang tersedia seperti berikut
PERMOHONAN BR1M 2017 SECARA ONLINE (E-BR1M)
Peringatan! permohonan secara online hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer berikutan aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih Pemohon dinasihatkan mencetak salinan permohonan dan perlu disimpan sebagai rujukan
Perkara | Butiran |
Tarikh rasmi permohonan dibuka | 5 Disember 2016 |
Tarikh rasmi permohonan ditutup | 31 Disember 2016 |
Pautan Laman Sistem Aplikasi Borang Permohonan Dan Pendaftaran Baru Secara Atas Talian (Online) | Klik : Sistem Aplikasi Permohonan Pendaftaran Baru Bantuan Rakyat 1Malaysia E-BR1M 2017 (Mengisi Borang Secara Online)
|
Panduan Penggunaan Sistem Aplikasi Permohonan Secara Online (Pemohon Baharu) BR1M 2017 | Baca Panduan Pengguna Sistem Aplikasi Dan Cara Buat Permohonan Baru E-BR1M 2017
|
Pautan Portal Rasmi E-BR1M | https://ebr1m.hasil.gov.my |
*Penting! Sila kemukakan permohonan dengan hanya menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan sama ada dengan cara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi kandungan maklumat pemohon
PERMOHONAN BR1M 2017 MANUAL (GUNA BORANG)
Perkara | Butiran |
Tarikh borang diedarkan | 5 Disember 2016 (Isnin) |
Borang boleh didapati melalui |
Muat turun (download)Borang Permohonan Baru Bantuan Rakyat 1Malaysia 2017
|
Tindakan | Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh akhir permohonan ditutup iaitu pada 31 Disember 2016 (Sabtu) Baca Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 Di Semua Cawangan LHDNM |
Pautan Portal Rasmi E-BR1M | https://ebr1m.hasil.gov.my |
Bagaimana Dengan Penerima BR1M Terdahulu?
Penerima BR1M sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi ataupun membuat permohonan baharu untuk BR1M 2017
Bagaimanapun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank dan maklumat lain yang berkaitan dengan tepat
Saranan bagi tujuan pengemaskinian adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran bantuan kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini
Selain itu, penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank pada BR1M 2017 melalui sistem kemaskini bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan
Baca : Maklumat Dan Cara kemaskini BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia
Disyorkan
Pemohon baru dan penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran
Semak : Senarai Bank Yang Terlibat Bagi Pembayaran BR1M 2017
Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran
Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke [email protected]
Berhubung terus ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan