Borang Khas Pertukaran Kursus/Kampus/Mod Pengajian di UiTM

23505
views
Iklan Infopelajar2u

Sekiranya anda menerima tawaran melanjutkan pengajian di UITM tetapi berhasrat untuk menukar kursus pengajian/kampus UITM atau mod pengajian antara UITM dengan UITM yang lain, ada borang khas yang perlu diisi untuk membuat permohonan. Tidak perlu lagi membuat surat jika ingin bertukar ke universiti seperti mana universiti yang lain.

Untuk anda yang ingin membuat permohonan, sila muat turun borang yang disediakan di bawah.

Suka diingatkan, permohonan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu sebelum tarikh bermula kuliah sepenuh masa. Bayaran proses dikenakan sebanyak RM100.00.

Selesai mengisi borang permohonan, hantar selengkapnya ke :

Institut Pendidikan Neo (iNED)
Aras 2, UiTM-MTDC Technopreneur Centre
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor.