Tukar Baucer Buku Kepada Duit?

455
views
Iklan Infopelajar2u

Assalamualaikum

Wah nampak semua yang bergelar student dah pun menerima Baucer Buku 1Malaysia (BB1M), yang mula diedarkan mulai awal Mac yang lepas.

Bagi pelajar UiTM, dah mula menerima baucer buku pada 14 Mac iaitu Isnin yang lepas. Dan admin juga, salah seorang penerima baucer buku 1Malaysia.

Huh! agaknya apa yang aku nak buat dengan baucer nie ye?

Dengar khabar angin, ramai yang ingin menukarkan baucer tersebut kepada wang tunai. Agaknya boleh ke tukarkan kepada cash/tunai?

Boleh ke ???

Sila ikuti langkah-langkah seperti dibawah ini…

  • Anda pergi ke mana-mana cawangan bank berdekatan
  • Ambil nombor dan tunggu giliran
  • Bila sampai giliran anda, anda cakap dekat orang bank tu.

“saya nak tukar baucer buku”

  • Pihak bank tu akan jawab…

“nak tukar baucer buku? pergi kedai bukulah, ini bank”

Okep! Dah buang masa nak tunggu giliran je hahaha

Tapi percayalah cakap admin, kenyataannya…

TAK BOLEH TUKAR!!

Sekarang pon kita boleh tengok ramai yang dah war-warkan ape kesan kalau kita salah gunakan BB1M.

Penyalahgunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 403, Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

Haaaaa nampak tak, salah guna BB1M boleh dikenakan tindakan kot.

Jadi admin nak pesan kat semua, janganlah kita salah gunakan bantuan dah diberi. Gunakan sebaiknya

sekian 😀