Bina PC Untuk Pelajar Dengan Hanya RM3000?

1153
views
Iklan Infopelajar2u

Pada zaman sekarang komputer sudah menjadi alat keperluan dalam kehidupan kita, dan kita boleh lihat setiap pelajar sekurang-kurangnya mesti memiliki sebuah komputer/laptop.

Boleh dikatakan selain membuat kerja/assignment kebanyakkan pelajar menggunakan komputer untuk dengar lagu, tengok drama, movie dan main game.

Jadi dalam entri kali ini kami ingin kongsikan PC Build dengan harga RM3500 yang memberi lebih nilai pada wang, bak kata orang putih Best Bang For Buck.

Bina PC Dengan Hanya RM3000

Tahun 2017 hadir dengan variasi processor yang “best value for money” bermula dari “The Budget King” Pentium G4560 hingga ke 8 Core 16 Thread Monster Ryzen 7 1700. Objektif utama build kali ni adalah untuk membina desktop PC yang boleh digunakan untuk rendering, editing dan pada masa yang sama mampu untuk bermain game.

Build ini memang sesuai untuk sesiapa yang ingin lakukan kerja-kerja produktiviti seperti menggunakan Illustrator, Photoshop, CAD, Sketchup dan Premiere Pro.

Jadi tanpa tulis panjang lebar kita mula dengan senarai komponen untuk PC Build ini di bawah (Kami akan fokus pada komponen penting sahaja)

1) Processor : AMD Ryzen 5 1500x 3.5GHZ

Tersedia dengan 4 Core 8 Thread, Ryzen 5 1500x ini sangat bagus dalam untuk multi-tasking dan harga yang sangat kompetitif dan berbaloi berbanding tawran 4 Core 4 Thread dari Intel Core i5 pada harga yang sama.

Processor ini juga dilengkapi dengan standard cooler Wraith Spire sendiri daripada AMD.

Kelebihannya lagi Ryzen 5 ini boleh di overclock walaupun menggunakan motherboard yang sederhana dari chipset B350 hingga ke X370. (Akan diterangkan di bahagian Motherboard)

Link untuk beli : AMD Ryzen 5 1500x Processor (3.7Ghz, 18MB Cache, AM4)

2) Motherboard : Asrock AB350 Pro4

Untuk menggunakan processor AMD Ryzen, anda memerlukan motherboard yang menyokong AM4. Terdapat 3 pilihan chipset motherboard yang menyokong AM4 iaitu B320 (tidak boleh overclock), B350 dan X370.

Jadi di sini, kami memilih untuk menggunakan motherboard daripada Asrock, kerana ianya memiliki berapa kelebihan seperti slot M.2 dan ianya menyokong fungsi RGB selain harganya yang murah.

Link untuk beli : ASROCK AB350 Pro4 Ryzen Motherboard

3) Graphic Card : Zotac 1050ti OC Edition

Disebabkan AMD Ryzen tidak menyertakan integrated graphic, jjadi kita memerlukan graphic card. Nvidia 1050ti ini tidak memerlukan 8pin connector dan ianya boleh terus diambungkan kepada motherboard.

Mesti akan ada yang akan tertanya-tanya kenapa guna GTX 1050ti? Kenapa tak amik 1060, kan lagi bagus untuk rendering? Antara sebabnya adalah kegilaan Etherium Mining 2017 sekarang, harga grafik kad midrange dari RX470 hingga ke GTX 1060 naik mendadak.

So, GTX 1050 ti adalah pilihan yang paling sesuai sementara harga grafik kad kembali normal dan memandangkan 1050ti ini juga sebenarnya agak bagus.

Link untuk beli : ZOTAC GTX 1050 Ti OC Edition 4GB

4) GeIL SUPER LUCE 8GB DDR4 2400

Setakat ini untuk memori kami pilih untuk memakai 8gb 2400mhz DDR4, dan mungkin akan diupgrade pada masa akan datang.

Link untuk beli : GeIL SUPER LUCE 8GB

5) PSU : EVGA BV500

Pilihan untuk PSU atau Power Supply adalah EVGA BV500. PSU ini adalah 80+ Bronze certificate,Jadi ianya dijamin akan tahan lama.

6) Storage : 120gb Klevv M.2 SSD & 1tb WD Blue

Untuk bahagian storage ni kalau ada duit lebih sikit kalau boleh tambah lah SSD untuk install windows untuk performance dan boot time yang lebih cepat.

7) Case : Techware EDGE TG

Tecware Edge TG ialah Casing Upgrade daripada Tecware Edge dengan Tempered Glass dan beberapa tambahan lain.

Harganya yang murah dan mempunyai fungsi dan kualiti melebihi harganya. Terbaik untuk mereka yang cari Casing bawah RM200

Kalau nak beli case ni boleh ke page Rextech

Kesimpulan

Kalau anda mahu bina sebuah custom PC lebih baik anda tanya dahulu kepada pihak yang lebih pakar supaya tidak berlaku kerosakan kepada komponen yang anda beli. Nantikan benchmark untuk performance pc ini dalam arkitel yang akan datang.

Terima kasih kepada pihak Rextech kerana berjaya menyediakan PC ini dan kami cadangkan untuk sesiapa yang mahukan custom PC bolehlah tanya dengan mereka. Itu saja untuk entry kali ini.Harap korang dapat manfaat dari tips ni.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here