5 Bidang Pendidikan Paling Ramai Graduan Menganggur. Bidang Anda Mungkin Tersenarai!

4781
views

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi seramai 54,103 orang graduan yang telah menamatkan pengajian gagal mendapatkan peluang pekerjaan, dan statistik ini menunjukkan 22.7 peratus graduan yang menamatkan pengajian pada tahun lepas termasuk dalam jumlah ini.

Walaupun begitu, tahukah anda graduan berkelulusan apa yang susah hendak mendapatkan peluang pekerjaan ini? Disini kami kongsikan 5 bidang yang graduannya sukar mendapatkan peluang pekerjaan, menurut laporan Kementerian Pengajian Tinggi.

1. Pengurusan Sumber Manusia

Kursus ini sebenarnya adalah satu cabang lain dalam ilmu perniagaan cuma bezanya difokuskan lebih kepada aspek komunikasi dan etika perniagaan.

Semua Jabatan Sumber Manusia atau HR Department adalah jabatan yang bertindak menyelia dan menguruskan semua perkara tentang pekerja dari aspek pengambilan, gaji, disiplin, latihan sehinggalah menguruskan pemberhentian pekerja.

2. Perakaunan

Jawatan Akauntan adalah satu bidang professional namun tidak memerlukan sumber pekerja yang ramai dan graduan perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang cekap.

Pendapatan seorang akauntan yang berkelayakan ACCA sebenarnya menarik namun persaingan yang sengit menyebabkan ramai graduan akauntan tiada peluang pekerjaan.

3. Sains Gunaan

Program Sains Gunaan merangkumi 4 cabang penting dalam bidang penyelidikan iaitu biologi, kimia, geologi dan fizik. Tidak ada penjelasan khusus dari KPT berkenaan mana satu cabang yang dimaksudkan terjejas teruk.

Bidang sains gunaan bergantung kepada cabang sains yang dipilih dan kebanyakan graduan yang terhasil dilatih untuk mempunyai kemahiran dalam bidang penyelidikan, yang mungkin kurang diperlukan dalam industri negara kita setakat ini.

4. Seni

Tidak pasti kursus tentang kemahiran seni mana yang dimaksudkan tetapi melihat keadaan ketika ini, kebanyakan graduan yang susah hendak mendapatkan peluang pekerjaan adalah graduan yang mengambil seni halus dan seni reka, yang melibatkan hasil pertukangan seperti tekstil, logam dan lain-lain.

Graduan yang keluar sebenarnya mempunyai kemahiran yang cukup tinggi tetapi dengan kemajuan teknologi yang semakin banyak menggantikan kemahiran tangan, persaingan ini nampaknya semakin tidak menguntungkan graduan-graduan.

5. Pengurusan perniagaan

Kebanyakan kursus perniagaan bertujuan menghasilkan graduan yang arif tentang amalan perniagaan dan pentadbiran. Graduan dilatih untuk menjadi pengurus, perunding, pentadbir atau mungkin juga usahawan yang professional.

Mungkin disebabkan masyarakat sudah banyak yang terdedah dengan pengurusan perniagaan menyukarkan graduan untuk mendapat kerja.

Kesimpulan

Sebenarnya fenomena ini bukan sekadar berlaku di negara kita, tetapi juga di negara-negara lain contohnya seperti di United Kingdom, hampir 50 ribu graduan dalam pelbagai bidang terpaksa bekerja dalam bidang yang langsung tidak memerlukan kelulusan pendidikan tinggi, seperti pekerja kilang, penghantar barang dan pekerja am.

Sudah pasti pihak kementerian mempunyai idea untuk menangani permasalahan ini namun adakah pendidikan tinggi patut dibentuk oleh kehendak industri yang akan menempatkan graduan-graduan ini selepas tamat belajar atau pendidikan tinggi sepatutnya mencorakkan industri yang akan dibentuk dalam negara?

Baca : Tip Untuk Pilih Jurusan Di Universiti

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here