Bidang AMP Dapat Permintaan Tinggi

394
views
Iklan Infopelajar2u

Kajian Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) menunjukkan menjelang tahun 2020 akan wujud 20,720 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam industri penerbangan.

Baca : Lepasan Kolej Vokasional Layak Menyambung Pengajian ke Universiti Awam

Berdasarkan potensi yang luas dalam bidang itu, Allied Aeronautics Training Centre (ALLIED) tampil menawarkan program penyelenggaraan pesawat (AMP) yang diba­ngunkan sendiri oleh tenaga pengajar berpengalaman luas dalam industri berkenaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ALLIED, Azrizal Irwan Arshad, berkata program AMP enjin kategori A1 yang disediakan pihaknya menepati syarat Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM).

Katanya, program tiga tahun yang menjadi platform asas untuk menceburi bidang penyelenggaraan pesawat itu diyakini mampu melahirkan tenaga mahir hasil pengajian 30 peratus teori dan 70 peratus praktikal di bengkel yang diwujudkan di ALLIED.

Sebanyak 70 peratus latihan AMP adalah sesi praktikal dalam bengkel.

“Kami fokus kepada penghasilan modal insan yang diperkasa dengan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepemimpinan, kerja berpasukan kerana semua itu menjadi nilai tambah kepada pelajar.

“Kini, industri bukan hanya melihat kepada kemahiran teknikal, tetapi aspek kemahiran insaniah juga dititikberatkan dan kami akan melatih pelajar bagaimana untuk menyesuaikan diri seterusnya berjaya dalam bidang ini.

”Lepasan AMP akan memperoleh lesen dikeluarkan DCAM yang membolehkan pemegangnya berkhidmat bukan hanya di negara ini, malah diiktiraf di negara yang menjalankan Part-66 program” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Peluang keemasan

Sambil menyifatkan penyertaan dalam program ini tidak harus dilepaskan buat pelajar yang berminat dalam industri penerbangan, Azrizal Irwan berkata, umpama ‘peluang keemasan’ kerana hanya perlu bermula dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, dalam industri yang memerlukan kemahiran tinggi memang kebanyakannya bermula dengan SPM, namun selepas mendapat lesen profesional boleh dinaik taraf selaras dengan kelayakan seseorang.

“Contohnya, juruteknik (dengan lesen DCAM kategori A1) boleh menaiki tangga kerjaya hingga ke tahap jurutera penyelenggaraan pesawat dalam masa lapan hingga 10 tahun dengan meraih pendapatan sehingga RM10,000 sebulan (dengan memper­oleh lesen lanjutan).

“Bagi mengikuti program ini di ALLIED, pemohon hanya perlu ber­umur 18 tahun ke atas dan lulus SPM dengan kredit Bahasa Inggeris, Matematik, Sains atau Fizik kerana sukatan pengajian kami dalam bahasa kedua itu selari syarat DCAM selain menjadi bahasa utama dalam industri penerbangan.

“Pengajian AMP di sini meliputi dua tahun pengajian di ALLIED dan setahun latihan industri dengan syarikat penerbangan,” katanya yang optimis Malaysia mampu menjadi hab pusat penyelenggaraan dan membaik pulih pesawat (MRO) memandangkan kedudukannya yang strategik.

Pelajar lepasan SPM yang berminat boleh menghubungi ALLIED di talian 03-7887 7121/ 017-8047121 (Cik Emma) atau berkomunikasi melalui inquiry@aatc.com.my selain memohon menerusi laman web http://aatc.com.my/onlineapplication

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter