Biasiwa Pemboleh Ubah Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor

1117
views

Pinjaman Pemboleh Ubah Pendidikan yang Ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Banyak jenis biasiswa dan pinjaman yang ditawarkan kepada rakyat Selangor yang mungkin anda sendiri tidak tahu.

Jadi kami kongsikan senarai biasiswa/pinjaman yang berada dibawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS). Sila klik senarai biasiswa dan pinjaman untuk maklumat kelayakan dan info lanjut permohonan dan lain-lain.

Pinjaman-pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor

1) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman TANPA FAEDAH untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.

Walaupun ianya pinjaman tetapi lebih baik berbanding pinjaman lain termasuklah PTPTN kerana ianya tidak mengenakan sebarang bunga. Bertuahlah rakyat Selangor sekalia

Klik untuk info lanjut : Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

2) Program Khas Peduli Siswa

Biasiswa ini ditawarkan untuk pelajar melanjutkan pengajian di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PUNCAK ALAM, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SUNGAI BULOH, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, GOMBAK, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG untuk pengajian diploma, ijazah pertama dan ijazah perubatan.

Biasiswa ini akan dibuka pada 1 Februari hingga 28 Februari 2018. Jangan lupa rujuk ke laman rasmi biasiswa bagi membuat permohonan.

Klik untuk info lanjut : Program Khas Peduli Siswa

3) Bantuan Khas Siswa Selangor (Mesir, Jordan Dan Maghribi)

Ini adalah adalah untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi. Permohonan bagi tahun 2018 masih belum dibuka lagi

Klik untuk info lanjut : Bantuan Khas Siswa Selangor

4) Program Khas Biasiswa Selangorku

Program ini merupakan satu program Biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di IPTS UNISEL dan KUIS dari luar bandar dan berpendapatan rendah. Biasiswa ini, dapat sahaja surat tawaran anda sudah boleh terus membuat permohonan.

Klik untuk info lanjut : Program Khas Biasiswa Selangorku

5) Program Khas Selangor Brain Bank

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa penuh bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD) di universiti terkemuka luar negara.

Klik untuk info lanjut : Program Khas Selangor Brain Bank

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here