Biasiswa Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman 2018

57
views

Tawaran Biasiswa Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman di peringkat ijazah pertama di dalam negara & ijazah lanjutan di dalam negara dan luar negara bagi pengajian 2018/2019.

Tarikh tutup permohonan pada SELASA, 31 JULAI 2018 JAM 4.00 PETANG

Syarat-syarat Asas

Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak

Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf dalam dan luar negara :

  • Ijazah Pertama untuk pengajian di dalam negara sahaja.
  • Ijazah Lanjutan untuk pengajian di dalam dan di luar negara.

Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke institusi pengajian tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

Ijazah Pertama

Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM, atau memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil / Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannya;

Ijazah Lanjutan

Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa Ijazah Pertama atau Sarjana;

Kriteria Tambahan

  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum;
  • Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan;
  • Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepemimpinan, kemahiran dan kreativiti.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman yang boleh didapati di:

  • Pejabat Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching.
  • Dimuat turun daripada laman web www.yayasansarawak.org.my – Borang Permohonan YBSTAR (Pautan Pantas)
  • Pemohon hendaklah memaklumkan alamat email semasa memohon bagi tujuan komunikasi dan semua komunikasi akan dibuat melalui email.

Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI / INSTITUSI.

Salinan dokumen-dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan terlebih dahulu;

Pegawai atau Kakitangan Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar secara sepenuh masa samada bergaji penuh atau separuh gaji;

Setiap permohonan akan melalui proses tapisan dan akan disenarai pendekkan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan:

  • Permohonan yang berjaya akan menduduki Ujian Psikometrik melalui emel dan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Tarikh, masa dan tempat temuduga akan ditetapkan dan dimaklumkan oleh Sekretariat Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman;

Calon akan dinilai oleh Panel Temuduga dan Pemilihan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman semasa sesi temuduga. Hanya calon yang berjaya semasa sesi temuduga sahaja yang akan diperakukan kepada Lembaga Amanah untuk proses pertimbangan dan kelulusan;

Calon yang telah diluluskan permohonan mereka oleh Lembaga Amanah akan dimaklumkan secara rasmi oleh Urusetia Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman; dan

Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melalui media massa atau email.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

Seksyen Biasiswa
Yayasan Sarawak
Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah
Petra Jaya, 93050 KUCHING.

Maklumat Lanjut

Sebarang Pertanyaan sila hubungi :-

SEKSYEN BIASISWA
Talian Pejabat : (082) 441686
Faks : (082) 440023

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter