Biasiswa Yayasan Tun Suffian 2017

826
views
Iklan Infopelajar2u

Biasiswa Tun Suffian Cambridge (mencontohi Biasiswa Rhodes, fellowship antarabangsa tertua dimulakan selepas kematian Cecil Rhodes pada tahun 1902 untuk membawa pelajar cemerlang ke Universiti Oxford) telah menerima pengiktirafan rasmi daripada pihak berkuasa di Cambridge.

Sejak penubuhannya pada 11 Jun 2002, Yayasan Tun Suffian di bawah aungan Diraja Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja Permaisuri Perak, telah, antara lain, menyediakan bantuan kewangan kepada golongan muda Malaysia yang mengikuti pengajian undang-undang dan peguam-peguam muda yang menghadiri seminar pendidikan dan persidangan di dalam dan di luar negara.

Kelayakkan Memohon

Biasiswa Yayasan Tun Suffian Cambridge, tertakluk kepada ketersediaan pemohon yang layak, juga menawarkan anugerah berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) di Universiti Awam Malaysia yang diiktiraf oleh Lembaga Kelayakan Badan Peguam Malaysia
  • Sarjana Undang-undang (LLM) di University of Cambridge
  • Doktor Falsafah (PhD) di Universiti-universiti Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi
  • Pasca Diploma Perubatan di mana-mana Institusi perubatan sama ada tempatan dan diiktiraf di luar negara oleh pihak berkuasa perubatan berkenaan di Malaysia.

Kecuali pelajar-pelajar yang mengikuti PhD di universiti Malaysia yang terpilih, anugerah ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia.

Cara Membuat Permohonan

Untuk memohon, anda boleh muat turun borang permohonan Biasiswa Yayasan Tun Suffian 2017 di pautan yang disediakan dibawah.

Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa dan prosedur permohonan sila layari laman web rasmi Yayasan Tun Suffian.