Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) 2020

1075
views
Iklan Infopelajar2u

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) sesi 2020. Ketahui cara memohon biasiswa YTN 2020 melalui artikel ini.

Pada tahun ini sekali lagi, Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa calon dikalangan rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2020.

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional

Terdapat 2 jenis program yang ditawarkan iaitu di dalam dan di luar negara, baca lebih lanjut di bawah.

1) Program Universiti Terkemuka Luar Negara

Ijazah Sarjana Muda :

  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa – SPM
  • Kejuruteraan Elektrik – STPM
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Sains Data & Analisis
  • Analisis Perniagaan

Syarat Am Kelayakan : 

  1. Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM dan 21 tahun bagi calon lepasan STPM pada tahun permohonan
  2. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  3. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  4. Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN

2) Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Asas Kejuruteraan :

  • Elektrik Kuasa
  • Elektrik & Elektronik
  • Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam

Asas Bukan Kejuruteraan :

  • Sains Komputer
  • Teknologi Maklumat
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Pengajian Bisnes

Syarat Am Kelayakan :

  1. Berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun permohonan
  2. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  3. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  4. Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN

Syarat & Kelayakan Akademik

  • Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau ATAU
  • Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi Pass dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.50

Cara Permohanan Biasiswa

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) di laman web YTN melalui pautan di bawah. Nota: Laman web akan diaktifkan hanya apabila permohonan dibuka.
  2. Pemohon disarankan untuk mengemukakan permohonan dengan baik sebelum tarikh tutup.

Klik Pautan Rasmi : Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional

Nota : Penyerahan yang tidak lengkap sebelum tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Jika anda tidak mendengar dari kami dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup, sila pertimbangkan permohonan anda sebagai tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai biasiswa boleh dikemukakan melalui nombor di bawah:

  • Encik Khairil Anuar Mohamad
    TEL: 03-8924 7531
  • Puan Wan Qobatiah Wan Johan
    TEL: 03-8924 7520
  • Cik Fatimah Mustafa
    TEL: 03-8924 7539

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here