Biasiswa Yayasan Okazaki Kaheita 2018

759
views

Pelawaan Biasiswa Yayasan Okazaki Kaheita bagi pengajian peringkat sarjana (kemasukan tahun 2018).

JPA mempelawa calon-calon daripada Universiti terpilih untuk memohon kemudahan Biasiswa Yayasan Okazaki Kaheita bagi menyambung Pengajian Peringkat Sarjana secara sepenuh masa di Jepun. Permohonan mula dibuka mulai 16 Februari 2017 sehingga 3 Mac 2017.

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan

Calon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur The Okazaki Kaheita International Scholarship Foundation dan juga memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-

  1. Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia yang tamat pengajian pada atau sebelum 31 Mac 2018;
  2. Berumur tidak melebihi 24 tahun pada 1 April 2017 (Lahir selepas 2 April 1993);
  3. Calon hendaklah menyempurnakan 16 tahun pengajian rasmi
  4. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik (Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan berbahasa Jepun).
  5. Terbuka kepada semua bidang kecuali Perubatan, Pergigian dan Perubatan Veterinar.
  6. Bidang pengajian di peringkat ijazah sarjana muda mestilah sama dengan permohonan pengajian di peringkat sarjana (masters).
  7. Tidak mendapat penajaan (biasiswa atau pinjaman) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti.
  8. Calon mestilah sihat dari segi fizikal dan mental.
  9. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Cara Membuat Permohonan

Calon-calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara atas talian di portal http://esilav2.jpa.gov.my. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan bersekali dengan:

  1. Salinan Kad Pengenalan; dan
  2. Salinan Ijazah Pertama atau transkrip keputusan terkini

Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk pertimbangan.

Pertanyaan Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang kesulitan / kemusykilan berkaitan proses permohonan atau syarat-syarat permohonan, bolehlah diemelkan ke biasiswaokazaki@jpa.gov.my.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemilihan calon yang berjaya akan diputuskan oleh pihak penaja.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter