Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong Berhad 2017

605
views
Iklan Infopelajar2u

Yayasan Kuala Lumpur Kepong Berhad adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh KLK, menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang sedang belajar atau menerima tawaran daripada mana-mana institusi pengajian tinggi Malaysia.

Selepas tamat pengajian, penerima biasiswa berpeluang ditawarkan untuk bekerja di KLK atau rakan perniagaannya. Sepanjang pengajian, prestasi akademik akan dipantau dan dijangka untuk menjalani latihan praktikal di dalam Kumpulan.

Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong Berhad

Tarikh tutup permohonan biasiswa adalah pada 31 Ogos 2017.

Jurusan yang terlibat adalah Sains Pertanian atau disiplin yang berkaitan Sains (Kimia, Bioteknologi), Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Mekanikal.

Syarat-syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki keputusan akademik yang baik (STPM minimum 2As / Foundation (asasi) -CGPA 3.5 dan ke atas).
  • Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris baik.
  • Memiliki rekod penyertaan aktif dalam aktiviti kurikulum.
  • Mesti ditawarkan pengajian di institusi pengajian tinggi.
  • Tidak terikat atau memegang mana-mana biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi.
  • Bersedia untuk berkhidmat di mana-mana lokasi dalam Kumpulan selama 3 tahun setelah tamat pengajian.

Amaun Biasiswa

Ijazah Institusi Awam : RM8,500 setiap tahun akademik

Institusi Swasta : RM15,000 setiap tahun akademik

Cara Membuat Permohonan

Permohonan biasiswa dibuka pada bulan Jun setiap tahun. Permohonan boleh dibuat sebaik sahaja menerima tawaran kemasukan dari institusi pengajian tinggi.

Sila klik pautan dibawah untuk muat turun dan lengkapkan borang permohonan.

Borang yang lengkap diisi bersama-sama dengan surat tawaran kemasukan dan dokumen yang berkaitan mesti disertakan sekali dan dihantar ke alamat di bawah sebelum akhir bulan Ogos

KLK Yayasan Wisma Taiko 1,
Jalan SP Seenivasagam,
30000 Ipoh, Perak.

Maklumat Lanjut

Jika mempunyai sebarang pertanyaan boleh klik disini.