Biasiswa Top Glove 2017

845
views
Iklan Infopelajar2u

Kumpulan Wang Biasiswa Top Glove telah ditubuhkan dengan objektif untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayakan untuk mengikuti kursus ijazah pertama secara sepenuh masa di universiti-universiti awam tempatan.

Tarikh Tutup Permohonan

31 December 2017

Kriteria Permohonan

  • Berumur di bawah 25 tahun
  • Memiliki keputusan akademik yang baik dalam SPM / STPM penerimaan
  • Telah mendapat tawaran ke universiti awam tempatan
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  • Kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peirngkat lebih tinggi

Bidang Yang Dikhususkan

  • Mekanikal / Elektrik / Kejuruteraan Kimia
  • Chemistry / Bio Kimia / Fizik / Matematik
  • Sains Polimer / Sains Gunaan
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Undang-undang
  • Kejuruteraan awam

Cara Untuk Memohon

Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai biasiswa

Pemohon perlu menghantar Borang Permohonan yang lengkap dan salinan dokumen-dokumen berikut, yang mana sijil yang disertakan hendaklah disahkan sebagai salinan benar (Klik disni untuk dapatkan borang pemrohonan):

  1. Bukti Umur : Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan
  2. Transkrip Akademik : Semua transkrip akademik sekolah (UPSR, PMR dan SPM) dan keputusan kursus asas (STPM / A-Level / Matrikulasi / Diploma / Program Foundation).
  3. Tawaran Universiti : surat tawaran / surat penerimaan / surat surat pengesahan kemasukan / pendaftaran dari universiti.
  4. Surat Syor : Dua surat sokongan daripada orang yang layak untuk memberikan pemahaman mengenai potensi pemohon untuk kejayaan dan kepimpinan. Boleh mendapatkan surat sokongan daripada guru-guru.