Biasiswa Tabung Pendidikan Star 2018

750
views

Setiap tahun, The star berkolaborasi dengan institusi-institusi pendidikan terbaik dalam menyediakan tawaran biasiswa kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Biasiswa ini ditawarkan untuk semua disiplin pengajian bermula daripada peringkat pra-universiti, ijazah sarjana muda dan sekiranya anda memperolehi biasiswa ini anda tidak terikat dengan institusi yang memberi biasiswa ini selepas menamatkan pengajian kelak.

Biasiswa Tabung Pendidikan Star

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2018

Sila pautan di bawah untuk melihat universiti senarai universiti dan kursus yang ditawarkan di bawah biasiswa ini.

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah:

  • Warganegara Malaysia, berumur tidak lebih daripada 25 tahun.
  • Aktif dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum.
  • Tidak menerima atau terikat dengan mana-mana biasiswa daripada mana-mana institusi pendidikan atau organisasi.
  • Memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM/UEC atau setarafnya dengan (bagi kursus Asasi dan diploma).
  • Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam STPM/UEC atau setaraf dengannya (bagi kursus ijazah sarjana muda).

Cara memohon Biasiswa

  • Muat turun borang permohonan dari thestar.com.my/edufund.
  • Lengkapkan Borang Permohonan Biasiswa dan hantar ke alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan.
  • Pemohon biasiswa yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
  • Sila ambil perhatian bahawa biasiswa hanya meliputi institusi-institusi dan kursus-kursus yang disenaraikan sahaja.
  • Borang mestilah sampai dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan SPM dan STPM diumumkan. Permohonan yang dihantar lewat tidak akan dilayan.

Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut :

The Star Education Fund
Star Media Group Berhad
Menara Star
15 Jalan 16/11 Section 16
46350 Petaling Jaya Selangor

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 0379671388 atau melalui email: [email protected]