Biasiswa Sony EMCS (MALAYSIA) 2017

436
views
Iklan Infopelajar2u

Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd. menawarkan biasiswa kepada anda yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam dan pelajar tahun kedua dan ketiga pengajian layak untuk memohon.

Mereka merupakan tempat kepada bakat-bakat baru untuk membawa kreativiti dan kemahiran teknologi mereka kepada tahap potensi tertinggi.

Permohonan Biasiswa Sony

Maklumat mengenai tawaran biasiswa ini adalah seperti di bawah.

Tarikh Tutup Permohonan : 22 September 2017

Amaun Biasiswa : RM9,000 setahun

Pelajar akan terikat dan mesti bersedia untuk berkhidmat dengan Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. untuk tempoh masa yang ditetapkan setelah tamat pengajian (Terma & Syarat dikenakan)

Syarat-syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia dengan umur di bawah 25 tahun
  • Pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda di IPTA / Universiti Awam dan kini dalam tahun kedua atau ketiga
  • Pencapaian akademik cemerlang di sekolah (Tahap SPM / O), Pra-universiti (STPM / A Level / Matriculations)
  • Diploma dan kelayakan ijazah semasa (untuk tahun / semester yang lengkap) dengan PNGK minimum 3.0
  • Mahir dalam bahasa Inggeris, rajin, mempunyai pencapaian akademik cemerlang yang dipadankan dengan ciri kepribadian yang positif dan mempunyai aktiviti tambahan kokurikulum.

Bidang Jurusan

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik & Elektronik, Mekanikal atau Perisian)
  • Sarjana Muda Perniagaan (Sumber Manusia, Ekonomi, Perakaunan & Kewangan atau Pentadbiran)
  • Sarjana Muda Teknologi Maklumat atau Komputer
  • Bidang lain yang berkaitan dengan disiplin di atas

Cara Membuat Permohonan

Muat turun borang permohonan memlaui pautan yang disediakan dibawah.

Borang yang sudah lengkap diisi perlu dihantar ke alamat berikut :

Human Resource Division
Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd.
Lot 5, Jalan Kemajuan, Bangi Industrial Estate,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Attention to : MR. KHUSAIRI / MS. ALIAA

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa ini, anda boleh terus berhubung melalui Tel : 03-8913 7212/7214 atau Email : KLScholarship.SOEM@ap.sony.com