Biasiswa Penajaan SEAMEO SEARCA Graduate Scholar 2017

660
views

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menerima memo dari Bahagian Hubungan Antarabangsa mengenai tawaran biasiswa penajaan SEAMEO SEARCA Graduate Scholarship (2018-2019) dari SEAMEO SEARCA kepada pemohon yang berkelayakan.

Tawaran biasiswa tersebut menawarkan biasiswa (Master dan PhD) dalam bidang pertanian dan bidang berkaitan bagi tahun akademik bermula 2018-2019.

Kelayakan Permohonan

Permohonan tawaran biasiswa tersebut adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 35 tahun bagi mengikuti pengajian Sarjana dan tidak melebihi 40 tahun bagi pengajian di peringkat PhD semasa permohonan.

Tarikh Tutup : 30 Julai 2017

Semak kursus yang ditawarkan di http://www.searca.org/index.php/scholarship/graduate-scholarship

Cara Membuat Permohonan

Muat turun borang permohonan : SEARCA Scholarship Application Form

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke maklumat seperti dibawah sebelum 30 Julai 2017 dan sesalinan permohonan juga disalinkan kepada bahagian ini dalam bentuk hard copy atau soft copy melalui emel (hanizah@mohe.gov.my) dan international@mohe.gov.my untuk tujuan rekod.

Alamat:
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No.2, Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5, 62200 Putrajaya.

Maklumat Lanjut

Untuk lebih lanjut anda boleh ke http://www.searca.org/index.php/scholarship/graduate-scholarship dan http://scholarship.searca.org. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Hanizah Binti Hamdan Telefon: +03-8870 6387 Emel: hanizah@mohe.gov.my