Biasiswa Negeri Selangor 2017

9829
views
Iklan Infopelajar2u

Biasiswa Selangorku 2017. Berita baik bagi anak kelahiran Negeri Selangor yang memerlukan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan Biasiswa Selangorku 2017.

Program khas ini merupakan satu program biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di UNISEL dan KUIS dari luar bandar dan berpendapatan rendah.

Keutamaan pemberian adalah untuk pelajar yang memperoleh keputusan peperiksaan dan pencapaian akademik yang baik/ cemerlang.

Permohonan Biasiswa Selangorku 2017

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan termasuk syarat akademik, cara memohon dan link borang permohonan. Seramai 110 orang pelajar daripada UNISEL dan KUIS telah ditawarkan Biasiswa ini untuk pengambilan pertama pada Mac 2017.

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-Syarat PermohonanButiran
KelahiranPemohon lahir di Negeri Selangor; atauIbu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau

Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Peringkat PengajianPemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon)
PenajaanPemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja
Pencapaian AkademikPemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
Tahun PengajianPemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Syarat Kelayakan Akademik

Peringkat PengajianKelayakan
Ijazah Sarjana Muda PertamaMemperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atauMemperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

DiplomaMemperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atauMemperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

Cara Memohon

Permohonan Biasiswa Selangorku 2017 akan dibuka bermula 19 Disember 2016 hingga 16 Januari 2017 sebelum jam 4.00 petang ke :

Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Borang Permohonan dalam PDF, sila klik pautan yang disediakan dibawah.

Kadar Pembiayaan Biasiswa

1. Yuran Pengajian

Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak UNISEL/KUIS.

2. Elaun Sara Diri

Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

Selamat membuat permohonan Biasiswa Selangorku 2017 kepada pelajar yang berkelayakan. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter