Jepun Sediakan Biasiswa ‘Monbukagakusho: MEXT’

472
views
Iklan Infopelajar2u

Biasiswa Monbukagakusho: MEXT. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Kedutaan Jepun di Malaysia, baru-baru ini, pemohon yang berminat me­ngikuti Pengajian Jepun selama setahun bermula dari Oktober 2017 itu mestilah berumur antara 18 hingga 29 tahun pada 1 April 2017.

Pemohon juga mestilah Siswazah Tahun Dua atau Tiga dan bukan pelajar tahun akhir, pengkhususan dalam Bahasa atau Kebudayaan Jepun di mana-mana universiti selain universiti di Jepun.

Latihan Pengurusan

Bagi Latihan Pengurusan bukan ijazah selama satu setengah tahun bermula Oktober 2017, pemohon mestilah berusia 35 tahun pada 1 April 2017, manakala siswazah universiti atau institut perguruan yang bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah atau kakitangan maktab perguruan dengan memiliki sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman bekerja.

Permohonan boleh dibuat terus kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pemohon yang berjaya memenuhi syarat akan dihubungi melalui e-mel dan surat bagi menghadiri temu duga yang akan dijalankan pada awal Mac 2017.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman sesawang www.jpa.gov.my atau hubungi Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan di talian 03-88853546 atau e-mel kepada ldp@jpa.gov.my.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter