Biasiswa Lee Kuan Yew Jabatan Perkhidmatan Awam 2017

789
views
Iklan Infopelajar2u

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka tawaran biasiswa Lee Kuan Yew – School of Public Policy kepada pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) di Kementerian/Jabatan/Agensi bagi peringkat pengajian sarjana secara sepenuh masa.

Tarikh tutup untuk pegawai adalah 11 Ogos 2017 manakala untuk ketua jabatan/ketua perkhidmatan adalah pada 18 Ogos 2017.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan adalah seperti berikut :

  • Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa tarikh tutup permohonan
  • Berumur tidak melebihi 50 tahun
  • Penguasaan bahasa inggeris yang baik
  • Telah mengisytiharkan harta
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85 % bagi tempoh 3 tahun terkini berturut-turut 2014, 2015 & 2016
  • Bersih daripada pertuduhan /tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA
  • Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakang atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari 21 julai 2017)
  • Kursus sarjana yang bakal diikuti berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan tugas
  • Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja lain
  • Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai

Cara Membuat Permohonan

Untuk tata cara permohonan, klik disini.

Untuk terus ke pautan permohonan klik disini

Jika berminat dengan biasiswa lain klik disini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :

Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan
No Telefon : 03-88853546
Emel : idp@jpa.gov.my