Biasiswa Kewangan untuk Lepasan SPM bagi Program Asasi

4241
views
Iklan Infopelajar2u

Biasiswa kewangan bagi PROGRAM BERTARAF ASASI untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah mula diperkenalkan dan ditawarkan kepada pelajar mulai sesi pengambilan pelajar 2005/2006.

KELAYAKAN PERMOHONAN

Kelayakan permohonan untuk biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Pelajar lepasan SPM yang akan menyambung pengajian di  peringkat asasi layak memohon tanpa mengira taraf pendapatan.
  • Pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti program asasi dengan menggunakan syarat kelayakan SPM atau setaraf dengannya.

logokpt_baru

SENARAI UNIVERSITI TEMPATAN YANG MENAWARKAN PROGRAM ASASI

Berikut merupakan sembilan (9) senarai universiti tempatan yangmenawarkan program asasi berkenaan:

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya Kuala Lumpur/ Nilam Puri
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UMS)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

IKATAN PERJANJIAN

Penerima biasiswa perlu bersetuju dengan ikatan perjanjian yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Seorang penjamin di perlukan untuk menandatangani perjanjian biasiswa.
  • Tiada bayaran balik biasisiwa akan dikenakan kecuali pelajar gagal menamatkan pengajian yang diikuti.

PERMOHONAN

Tawaran biasiswa akan dibuat secara automatik kepada pelajar baharu yang mendapat tawaran menyambung pengajian di peringkat asasi di universiti tempatan terpilih. Tawaran berkenaan akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Semakan tawaran biasiswa boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman sesawang KPT dalam tempoh tawaran kemasukan ke program asasi berkenaan.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai panduan permohonan, boleh klik di sini. sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Skim Latihan Akademik IPTA, Bahagian Biasiswa, KPT di talian 03 – 8870 6000

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter