Biasiswa Kerajaan Jepun Latihan Perguruan 2017 (Monbukagakusho : MEXT1)

551
views
Iklan Infopelajar2u

Biasiswa Kerajaan Jepun 2017. Tawaran biasiswa tajaan Kerajaan Jepun 2016 (Monbukagakusho : MEXT) untuk Latihan Perguruan dibuka sehingga 27 Januari 2017.

Baca : Program Biasiswa Maxis 2017

Dimaklumkan bahawa Permohonan Online untuk Tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2017 (Monbukagakusho : MEXT1) Latihan Perguruan mulai 20 Disember 2016 sehingga 27 Januari 2017.

Biasiswa (Monbukagakusho : MEXT1) Latihan Perguruan 2017

Permohonan ini terbuka untuk penjawat awam dalam Skim Perkhidmatan Pendidikan sahaja.

Nama Program : Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: Mext 1)
Dibuka Untuk : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
Elaun : 143,000 Yen (RM5547)
Tarikh Permohonan : 20 Dis 2016 hingga 27 Jan 2017

Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon.

Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 143,000 yen (ang. RM5,500) akan diberi untuk setiap penerima biasiswa Latihan Perguruan (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan).

Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.

Surat Edaran dan Syarat Permohonan

Sila baca dan fahami syarat-syarat permohonan terlebih dahulu sebelum memohon program ini. Klik pada pautan dibawah.

Ketua Jabatan (Yang Disenarai) untuk mencalonkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pendidikan (PPP) yang sesuai untuk mengikuti kursus berkenaan.

Kepada PPP yang berminat, anda boleh mengemukakan permohonan melalui laman web JPA secara online di pautan berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut anda boleh hubungi Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan di 03-8885-3546 atau ldp@jpa.gov.my

Kedutaan Jepun akan menghubungi pemohon yang memenuhi syarat sahaja (melalui emel dan surat) untuk menghadiri temuduga yang dijangka berlangsung pada awal bulan Mac 2017.

Anda boleh baca lagi Senarai Biasiswa pada pautan ini.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter