Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2019

715
views

Kerajaan Arab Saudi, melalui bahagian kebudayaan pejabat Kedutaan Arab Saudi di Malaysia dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa mereka menyediakan beberapa biasiswa kerajaan untuk pelajar-pelajar Malaysia.

Sebanyak 300 tempat di universiti-universiti awam disediakan untuk semua peringkat pengajian dalam pelbagai bidang kecuali bidang perubatan. Dengan ini, mereka membuka pelawaan kepada semua pelajar yang ingin memohon supaya menghadirkan diri ke bangunan “Cultural Mission” di Kedutaan Arab Saudi.

Biasiswa Kerajaan Arab Saudi

Biasiswa Kerajaan Arab Saudi terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang ingin mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD). Penerima biasiswa turut diberikan kemudahan seperti elaun bulanan, perumahan, insurans perubatan dan tiket penerbangan.

Baca : Biasiswa Bank Negara Malaysia 2019

Kemudahan Biasiswa

  1. Pengajian percuma.
  2. Ganjaran bulanan diberi kepada pelajar dari negaranya sendiri dan menerima biasiswa.
  3. Pelajar biasiswa percuma dari luar Arab Saudi akan menerima:
  • Perubatan untuk pelajar dan ahli keluarga yang mengiringi (sekiranya ada pengiring).
  • 2 bulan ganjaran dalam bentuk elaun peribadi sewaktu tiba.
  • 3 bulan elaun graduan untuk kos penghantaran buku-buku melalui laut.
  • Kemudahan setaraf dengan graduan-graduanterdahulu didalam institusi pengajian.
  • Pelajar biasiswa di institusi pengajaran bahasa Arab untuk bukan Arab adalah dilayan sama seperti pelajar ijazah sarjana muda.
  • Institusi pengajian menyediakan makanan dengan potongan harga.
  • Kemudahan penginapan, pengajian, sosial, dan penjagaan budaya.
  • Menyediakan tiket dibawah terma pembiayaan institusi pengajian.

Syarat-syarat Kelayakan

Syarat kelayakan memohon adalah seperti berikut:

  1. Lulus dengan kepujian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda:
  2. Pemohon hendaklah berusia 17 hingga 24 tahun.
  3. Tidak pernah menerima biasiswa dari mana-mana institusi pengajian di Arab Saudi.
  4. Pelajar wanita hendaklah diiringi penjaga (mahram) yang di bawah tajaan atau pemegang permit yang sah.
  5. Surat sokongan untuk pelajar pengajian tinggi.

Cara Membuat Permohonan

Bagi mereka yang berminat untuk memohon biasiswa ini boleh melayari laman sesawang rasmi SACM di https://my.moe.gov.sa/ atau mendaftar terus di pejabat SACM, Kuala Lumpur.

Sila isi borang yang di lampirkan dan juga sertakan dokumen-dokumen berikut:

  • Transkrip (Rekod Akademik) dan ijazah terakhir yang diperolehi, hendaklah disahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Hal-Ehwal Luar Negara.
  • Sijil Pengesahan Kesihatan
  • Surat pengesahan berkelakuan baik
  • Sesalinan pasport.
  • 2 keping gambar

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here