Biasiswa Kejururawatan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

881
views
Iklan Infopelajar2u

Biasiswa Kejururawatan UTAR . Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) telah membuka permohonan biasiswa untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan kepada mereka yang layak. Permohonan biasiswa bagi program Diploma Kejururawatan akan berakhir pada 1 April 2017 manakala Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan pula pada 1 Mei 2017. Sesi pengambilan pelajar adalah pada bulan Januari, Mei dan Oktober.

UTAR di bawah Yayasan Tunku Abdul Rahman berhasrat untuk menubuhkan sebuah hospital pakar swasta dalam kampus Universiti Tunku Abdul Rahman yang terletak di Kampar, Perak. Penubuhan hospital itu akan memenuhi keperluan perubatan penduduk di sekitar bandar Kampar, pelajar-pelajar kampus sekitar negeri Perak dan seluruh negara.

Hospital yang bakal ditubuhkan ini akan menempatkan 522 katil pesakit. Katil berkenaan akan disediakan dan disiapkan mengikut beberapa fasa. Selain itu, Hospital ini juga akan menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap dengan kepakaran klinikal dan bercadang untuk menyediakan perkhidmatan perubatan subsidi kepada pesakit yang menghadapi masalah kewangan melalui hospital baru yang bakal ditubuhkan kelak.

Bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat, Hospital berkenaan memerlukan ramai pegawai perubatan. Maka, UTAR menerusi yayasan UTAR menawarkan biasiswa kepada pelajar jurusan kejururawatan sama ada pelajar berkenaan melanjutkan pengajian di UTAR atau di institusi tempatan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Sekiranya mereka melanjutkan pengajian ke institusi lain, selepas menamatkan pengajian penerima biasiswa berkenaan perlu berkhidmat di bawah Hospital UTAR sebagai salah satu syarat utama permohonan. Biasiswa yang diperuntukkan adalah untuk menampung jumlah yuran program, asrama, elaun bulanan, pakaian seragam dan kasut, dan perubatan dan insurans. Oleh itu, kepada anda yang berminat, berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan.

Kelayakan Permohonan untuk Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (4 Tahun)

Bagi mereka yang berminat untuk memohon, berikut merupakan kelayakan bagi Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan :

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

  1. STPM dengan minimum CGPA 2.50
  2. Lulus SPM dengan 5 kredit dalam subjek berikut :
  • Bahasa Melayu dan Matematik
  • Mendapat kredit dalam salah satu subjek berikut Sains atau Biologi atau Kimia dan lulus Biologi atau kredit Fizik.
  • Kredit 2 lagi subjek yang lain
  • Lulus subjek Bahasa Inggeris

Lain Kelayakan Mengikut Tahap Pendidikan 

  1. Pemohon pernah mengikuti Program Asasi di UTAR dengan mencapai CGPA 2.50
  2. Pemohon merupakan bekas pelajar Matrikulasi Awam dalam Jurusan Sains dengan mencapai CGPA 2.50
  3. Pemohon memiliki Diploma dalam Jurusan Sains dengan mencapai CGPA 2.50 (Tiada pemindahan kredit)
  4. Apa sahaja kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat Kelayakan Tambahan

Sekiranya anda memiliki kelayakan Matrikulasi, Diploma dan kelayakan lain yang diiktiraf, berikut merupakan syarat kelayakan tambahan yang perlu dipenuhi:

  1. Lulus SPM dengan 5 jam kredit
  2. Kredit dalam Bahasa Melayu dan Matematik
  3. Mendapat kredit dalam salah satu subjek berikut Sains atau Biologi atau Kimia dan lulus Biologi atau kredit Fizik dan lulus Biologi.
  4. Kredit 2 lagi subjek yang lain
  5. Lulus subjek Bahasa Inggeris

Kelayakan Wajib untuk Semua Pemohon

  1. Lulus Bahasa Inggeris menerusi ujian penilaian berikut:
  2. MUET- Band 3
  3. IELTS – Band 5.5
  4. TOEFL (berdasarkan ujian di atas kertas) – Skor 515
  5. TOEFL (berdasarkan ujian komputer) – Skor 215
  6. TOEFL (berdasarkan ujian dalam internet) – Skor 80

Kelayakan Permohonan untuk Diploma Kejururawatan (3 Tahun)

Memperolehi 5 kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berikut merupakan subjek kredit yang diperlukan :

  • Bahasa Melayu
  • English
  • Sains/Biologi/ Fizik/Kimia
  • Matematik
  • Salah satu subjek yang lain

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai biasiswa ini, anda boleh klik di sini dan untuk ke portal permohonan klik di sini atau terus menghubungi :

Ms. Chor Choy Yook
Faculty of Medicine and Health Sciences
Universiti Tunku Abdul Rahman
Tel: 03-90860288
Email: chorcy@utar.edu.my

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter