Biasiswa JPA : Program Penajaan 9A+ 2017

590
views

Program Penajaan 9A+ (P9A+) tahun 2017 merupakan penajaan automatik kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 yang mendapat keputusan A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam SPM 2016 dengan minima sembilan (9) mata pelajaran diambil untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di dalam negara.

Calon-calon akan ditawarkan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang.

Program Penajaan 9A+ 2017

Peringkat Pengajian

1) Program Persediaan

Pelajar-pelajar akan mengikuti program persediaan di dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan seperti di Lampiran A.

2) Ijazah Pertama

Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di institusi pengajian tinggi dalam negara sahaja. Senarai universiti adalah seperti di Lampiran B.

Muat turun Lampiran A dan B di pautan ini : PROGRAM PENAJAAN 9A+ 2017

Nota : Sekiranya pelajar tidak menamatkan kursus persediaan atau menamatkan kursus Persediaan dan gagal melepasi had kecemerlangan (Cut of Point) yang ditetapkan oleh Kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar akan ditamatkan.

Syarat Penajaan

1) Syarat Umum

  1. Calon adalah warganegara Malaysia;
  2. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  3. Calon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama; dan
  4. Calon-calon bagi bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi hendaklah mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.

2) Syarat Khusus

  1. Menduduki peperiksaan SPM tahun 2016 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian;
  2. Mendapat keputusan A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam SPM 2016 dengan minima sembilann(9) mata pelajaran; dan
  3. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Cara Membuat Permohonan

Pelajar yang berminat perlu mengisi profiling secara atas talian (online) di http://esila2.jpa.gov.my yang dibuka khusus kepada calon terlibat sahaja.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (5 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga jam 5:30 petang.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Mei 2017 (Isnin) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh-tarikh Penting

Info lanjut klik disini