Biasiswa ISRA Bank Negara Malaysia 2017

1968
views
Iklan Infopelajar2u

Biasiswa Syariah ISRA merupakan sebahagian daripada biasiswa yang ditawarkan dalam bidang Kewangan Islam. Biasiswa ini diwujudkan untuk meningkatkan pengetahuan dan penyelidikan, mengukuhkan bakat mereka dan menggalakkan wacana intelektual dalam bidang Syariah dalam Kewangan Islam.

Biasiswa ISRA Bank Negara Malaysia

Permohonan biasiswa ini dibuka sehingga 18 Aug 2017.

Syarat-syarat Permohonan

  • Mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari universiti tempatan atau antarabangsa yang diiktiraf (Ijazah Sarjana Muda Syariah, Muamalat, Fiqh, Undang-undang Islam, Fiqh, Usul al-Fiqh atau yang setaraf dengannya)
  • Mendapat tawaran untuk meneruskan atau sedang mengikuti pengajian Sarjana atau Kedoktoran kajian dalam Syariah, kewangan Islam atau yang setaraf dengannya dalam mod sepenuh masa
  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 (pada skala 4.0), 4.0 (pada skala 5.0), 80% (pada skala titik 100%), lulus dengan kepujian atau yang setaraf dengannya
  • Lulus penuh atau lulus keperluan penguasaan bahasa yang ditetapkan oleh program
  • Pemohon TIDAK menerima apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan yang lain.

Amaun Tanggunan Biasiswa

  • Yuran pengajian akademik – tidak termasuk pendaftaran atau bayaran masuk, deposit dikembalikan, bon peribadi dan penginapan
  • Elaun sara hidup
  • Elaun buku
  • Elaun Equipment
  • Elaun persidangan
  • Elaun kajian Tesis
  • Elaun tamat pengajian

Pembiayaan biasiswa maksimum bagi pengajian peringkat sarjana ialah selama dua (2) tahun.

Pembiayaan biasiswa maksimum untuk pelajar PhD adalah tiga (3) tahun.

Program Untuk Biasiswa

Bidang Syariah atau kewangan Islam atau yang setaraf dengannya dalam mod pengajian sepenuh masa

Cara-cara Membuat Permohonan

  1. Muat turun borang permohonan dengan klik disini
  2. Salinan surat tawaran/surat rasmi kemasukan daripada institusi pengajian tinggi yang mengesahkan penempatan di institusi itu
  3. Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip penuh – Ijazah Sarjana Muda dan / atau Ijazah Sarjana
  4. Salinan peribadi pengenalan / pasport
  5. Dua surat sokongan daripada penjamin
  6. Satu salinan cadangan tesis – digunakan untuk program oleh penyelidik kursus & penyelidikan.