Biasiswa Hong Leong 2017

691
views
Iklan Infopelajar2u

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang berlatar belakangkan keluarga yang kurang berkemampuan dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

Pemohon yang berjaya menerima biasiswa ini akan menjalani 3 buah program yang dikendalikan oleh Yayasan Hong Leong seperti berikut :

1) Enrichment Programmes

Program yang akan mendedahkan pelajar kepada kemahiran hidup. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran, kelas motivasi untuk membina keyakinan diri mereka di mana melalui program ini akan memberi nilai tambah kepada mereka kelak selepas menamatkan pengajian.

2) Program Latihan Industri

Pelajar akan menjalani latihan praktikal di bawah Hong Leong. Program ini adalah untuk memastikan pelajar membuat persediaan yang rapi sebelum menamatkan pengajian dengan ilmu serta pengalaman yang bakal digunakan semasa di alam pekerjaan kelak.

3) “Scholar Club”

Program yang bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan sokongan berterusan sepanjang (dan selepas) pengajian. Pelbagai aktiviti sedang dirancang untuk memastikan penglibatan yang berterusan antara yayasan dan pelajar yang menerima biasiswa ini.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan biasiswa bermula dari 1 April 2017 dan ditutup pada 1 Jun 2017. Semua permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Kriteria Permohonan

  • SPM: 8A Minimum
  • UEC: 6A Minimum
  • STPM / Matrikulasi / A-Level / Asasi / Diploma / Ijazah: CGPA minimum 3.5
  • Ia terbuka kepada warganegara Malaysia berumur antara 17 – 25 tahun. Pelajar yang sedang dalam pengajian Diploma atau program Ijazah di mana-mana kolej dan universiti tempatan yang diiktiraf juga boleh memohon.

Tawaran Pembiayaan

  • Pengajian ijazah pertama di IPTA: RM 8,500 / = p.a. /
  • Kursus Diploma Lanjutan Diploma di IPTA: RM 6,000 / = p.a.
  • Pengajian ijazah pertama di universiti-universiti swasta tempatan: sehingga RM 24,000 / = p.a.
  • ( “3 + 0” program ijazah secara sepenuh masa dan di kampus asas) Kursus Perubatan / Pergigian di Universiti Swasta tempatan: sehingga RM 32,000 / = p.a

Jurusan

Biasiswa ini diberikan untuk mana-mana kursus atau bidang pengajian di peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa atau Kursus Diploma di universiti awam dan swasta yang diiktiraf dan di Malaysia.

Maklumat Lanjut

Untuk memohon Klik di sini untuk terus ke portal permohonan

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai biasiswa ini klik di sini