Biasiswa Baitulmal MAIPK 2017

3249
views

Tawaran Skim Biasiswa Baitulmal MAIPK untuk pelajar UPSR sesi tahun 2017 dibuka. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ( MAIPk) telah membuka penawaran Biasiswa berkenaan di Bawah Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal di bawah peruntukan asnaf fakir miskin

Biasiswa ini diwujudkan bagi membantu pelajar cemerlang di sekolah menengah seluruh negeri Perak sepanjang tempoh 5 tahun.

Skim Biasiswa Baitulmal MAIPK 2017

Tawaran ini dibuka mulai 17 November 2016 hingga 31 Januari 2017.

Sehubungan itu, pihak sekolah mohon untuk menyebarluaskan maklumat ini kepada murid tahun 6 tahun 2016 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2016 sekurang-kurangnya 3A 3B agar memohon biasiswa berkenaan.

Murid yang layak perlu mengambil borang permohonan biasiswa berkenaan di Pejabat MAIPk induk atau cawangan di daerah atau Klik pautan dibawah untuk muat turun borang bagi mengisi tawaran berkenaan.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lebih lanjut sila ke laman sesawang MAIPk di www.maiamp.gov.my . Maklumat mengenai iklan biasiswa ini boleh didapati di sini – Surat Tawaran

Anda boleh baca lagi Senarai Biasiswa pada pautan ini.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter