Best Ke Belajar Matriks? Anda Boleh Baca Ini.

1120
views

Belajar mana-mana pun sebenarnya sama saja, yang membezakan adalah subjek yang kita ambil dan usaha diri kita sendiri. Kalau bagi lebih usaha, dapat lebihlah pencapaiannya sama juga kalau sebaliknya. Tapi boleh kata kebanyakkan pelajar menganggap belajar di ni Matriks lebih susah berbanding yang lain?

Cuba baca ni, perkongsian daripada seorang pelajar Matriks Nur Farah Liyana Afendi .

MATRIKS.

Kelas dari 8pgi sampai 5ptg . Kemudian, sambung lagi 8malam-10malam. Tu belum lagi homework, jotter dan lab report ! Tidur memamg pukul 3pagi . Tambahan lagi, tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan sebuah events.Uruskan itu ini, event habis pukul 12. Balik bilik 1/2 pagi. Sabtu ahad pun kadang-kadang tak outing sebab events penuh.

Tapi kenapa tak rasa penat time ni? tapi kenapa masih ada kekuatan nak pergi kelas esok pagi? tapi kenapa boleh bertahan hingga penghabisan ? tapi kenapa tak pernah terfikir nak berhenti atau tukar kolej ? dan sekarang masing-masing berada di Universiti

SEBAB .. ada mereka.

Lectures yang mendidik. Tak datang kelas , lecturer penuh sabar tackle hati students sampai datang kelas. Tak perform waktu quiz, lectures lah yang menjemput untuk cikgu tu ajar satu persatu sampai pelajar tu faham. Setiap kali kami datang ke meja cikgu untuk menuntut ilmu , cikgu dengan hati terbuka menerima pelajar. Datang ke Meja cikgu bukan dapat ilmu sahaja tapi perut pun kenyang .

Perut pun sakit sebab ketawa je. Apabila sedih .. rungutan beribu patah perkataan . Cikgu lah orang yang mendengar dan memberi nasihat. Kalau lah tak belajar betul-betul rasa bersalah terhadap cikgu sampai mati. Pengorbanan cikgu, Usaha cikgu balik lewat petang . Kerenah yang macam-macam. cikgu Tk pernah give up! tak pernah kata ” kamu akan gagal ! kamu akan diberhentikan ” tak pernah…

Kedua, sahabat . Pergi kelas sekali. Makan sekali . Tidur sekali. “Kau tak bangun subuh aku yang dosa. kau tak solat aku yang dosa.”
” Kau tidur dalam lecture , tak pa aku ajar kau dari A-Z ”
Esok final, make sure semua bangun 3 pagi study sama-sama. Maggie satu packet kita kongsi 5 orang.
“Kau sakit tak pa , aku belikan makanan untuk kau, aku teman kau pergi klinik okay? “.
” Hari ni nak makan apa? jom makan ni ,,jom makan tu .. ”
“Events ni penat ,, pening,, masalah ni masalah tu.. tak pa kita buat sama-sama”
Petang joging , main tenis lepastu makan ais krim pelangi lah rama-rama lah.hahaha..

Terlalu banyak kenangan . Banyak!

Kawan dekat matrik adalah kawan yang betul-betul sayang orang lain seperti mereka sayang terhadap diri sendiri.

Musim bunga sakura datang iaitu pada bulan 4.
Mengalu-alukan permergian dan kepulangan ke
negeri masing-masing.
Mekar cantik macam kenangan kita di Matrik
Bunga Gugur seperti memahami hati-hati yang hendak meninngalkan tempat yang terindah! sangat indah..

Mesti punya..
Malam-malam ada syndrome tersedih sebab TERrindu.
Pagi-pagi orang yang selalu kita tengok tak ada depan mata.Rasa eh apa lah dia buat sekarang.

TAPI yang penting kita tak jadikan mereka hanya kenangan.
Kita jadikan kebaikan mereka itu sebahagian dalam character dan attitudes kita pada hari ni.
sebab itu tuhan hantar kita dekat sini.

MOVE ON.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter