Benarkah 4 Flat UiTM Bersamaan 2.0 UIA?

1747
views

Aku nak share sikit pandangan pasal benda ni. Sedikit pengenalan ringkas, aku UiTM Law Student.

Masa sekolah dulu, memang aku mengaku yang aku langsung tak terfikir nak masuk UiTM. Target aku nak masuk UM, UKM, UIA. Tapi nak dijadikan cerita, lepas SPM memang aku target nak ambil law. Jadi aku apply la masuk asasi UiTM. Masa tu UiTM ja (kot?) yang ada asasi untuk program undang-undang. Aku tak apply UIA sebab masa tu aku tak pakai tudung lagi. So, yeah.

Mula jejakkan kaki di UIA

Alhamdullillah, dapat. Mula-mula masuk tu, aku tak rasa lagi impak dia. Aku macam ‘ek eleh, UiTM ja pun’. Rasa macam nak penampaq muka sendiri. Tapi lama-lama tu, baru aku dapat rasa persaingan di sekeliling aku. Helo, siapa yang cakap Bumiputera tak pandai? Tak boleh bersaing? Hell, NO.

Budak-budak sini baik dari Melayu sampailah ke Bumiputera Sabah dan Sarawak semuanya competitive sampai aku yang pada mulanya yakin nak mati dapat score kaw-kaw kat asasi sebab kononnya ‘Alah UiTM ja, mesti senang survive punya’ akhirnya menangis-nangis sebab aku rasa macam aku ni bodoh sangat. Tambah pulak yang orang cakap kami senang score sangat tu, hampa ingat kami jawab soalan A-B-C ja ka? Again, hell NO.

Kena pandai berbahasa dalam English

Pertama sekali, soalan kami dalam English. Jadi kami sudah semestinya kena pandai English jugak macam hampa semua dari universiti lain yang dok mengata kami tu. Secondly, aku tak tahulah pasal kos lain tapi program asasi aku banyak gila subjek nak mati. Semester kedua sampai 29 credit hours per week! 17 jam subjek law, 12 jam subjek english (forum, debate, writing etc). Sebab asasi law ni hanya ambil masa setahun, sebab tu jadual dia pack gila. Kau ghase? Senang lagi ka?

Untuk masuk degree law, aku kena dapat sekurang-kurangnya pointer 3.0 above + muet band 4 + interview. Celah mana yang senang sangat nak lulus semua ni? Dalam batch aku, almost half of them tak lepas masuk law school UiTM sebab tak lepas all the requirements. Depa semua ni pulak bukannya tak pandai.

Jadi kalau UiTM ni senang sangat nak score, mesti semua lepas kan? Bahkan ada batchmate aku yang tak lepas masuk law UiTM, tapi sebab dia nak juga pursued study in law, dia apply masuk ke universiti yang tersohor kat Malaysia ni (Kiranya kalau letak UiTM dan U tu sebelah-sebelah, memang UiTM la kena downgrade). Dan dia berjaya masuk law school U berkenaan sebab requirements U tu loose sikit compared to UiTM. Jadi, senang lagi ka UiTM ni?

Menjadi seorang Law student di UiTM

Kembali ke kisah aku. Alhamdullillah, aku passed dan berjaya masuk law school UiTM. Tapi masa tu jugalah ada mulut-mulut yang mengata. ”Alah masuk UiTM ja pun, tu pun nak bangga. Kalau aku nak masuk pun boleh.” “Hermm ingatkan pandai sangat, last-last masuk UiTM ja.” “Result hang mesti teruk kan, sebab tu dapat UiTM ja.”

Sumpah masa ni aku rasa down gila. Sampai aku pernah suruh bapak aku walk in kat UKM Law School untuk tutup mulut-mulut jahat semua tu. Kalau UKM, barulah orang pandang kan. Ya aku akui, dulu aku sangat pedulikan apa yang orang cakap. Sekarang lantaklah apa hampa nak cakap pun, I’m proud to be UiTM student. 🙂

Tapi mujurlah, bapak aku tak ikut idea gila aku. Huhu. Akhirnya, aku officially ambil law degree kat UiTM. Again, kau ingat senang? Hell, NO. 70% final exam, 30% course work. Law subject kat U lain semuanya 60-40, 50-50 pun ada. Jadi celah mana yang senang sangat kami nak dapat 4 flat tu?

Plus, law subjects are hard for me. Aku tak rasa pun soalan final kami lagi senang dari U lain sampai senang sangat nak dapat 4 flat tu. Kalau soalan U lain lagi susah dari UiTM macam hampa dok cakap tu, aku memang tabik spring kat hampa kalau hampa berjaya jawab. Sebab sumpah, final exam aku sangat tricky. Walaupun hang dah belajar law tu, but you still need to have the skill to apply the law to the problematic questions. Tambah pulak kalau banyak gila problematic Q, lagi haru nak buat sebab nak kena fikir banyak. Sampai kadang-kadang tak cukup masa. The point is, if you want to do well in your final exam, you need to understand the law well. Setakat memorize saja tak guna kalau tak tahu nak apply.

Yang dapat 4 Flat ni boleh kata semua memang pandai

That’s why, most of us nak capai 3.0 pointer pun susah every sem. Jadi percayalah, bila ada student yang berjaya dapat 4 flat ( definitely not me) atau at least dapat lebih dari 3.5 pointer ( definitely not me too), dia memang betul-betul pandai and really study hard to deserve what he or she got. Jadi korang jangan nak memandai-mandai jatuh hukum yang pointer 4 flat yang dia dapat dengan peluh keringat semua tu as useless and nothing compared to your pointer. Kalau rasa pandai sangat, mai la try jawab paper final exam kami. Tengok lepas tu berani downgrade lagi ke tak. Ni final exam paper kami pun tak pernah tengok, ada hati nak compare.

Jadi,aku dengan bangganya ( sambil letak tapak tangan ke dada sambil menyanyikan lagu UiTM Di Hatiku) dengan bangganya cakap aku gembira sebab masuk UiTM. Sebab mungkin kalau aku tak masuk UiTM, aku pun akan jadi macam manusia-manusia yang suka downgrade UiTM. Hampa masuk dulu UiTM,baru hampa tau rasanya macam mana. Tak kenal, maka tak cinta. Salam.”

– Aya
Sumber : http://iiumc.com