Bayaran PTPTN Ditangguhkan Dan Tiada Lagi Sekatan

246
views

Berita baik yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminjam tabung pendidikan utama negara iaitu PTPTN!

Kementerian Pendidikan telah merealisasikan janji 100 hari selepas pilihan raya mereka bagi pengangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ) bagi mereka yang berpendapatan RM4,000.

Janji 100 Hari Seterusnya Ditepati

Berita baik ini telah dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr.Maszlee Malik yang menyebut peminjam yang belum memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada sebarang pembayaran.

Tindakan ini katanya akan berkuar kuasa serta-merta.Pengumuman ini juga bukan bermakna pemansuhan sepenuhnya, tetapi jika peminjam yang belum mencapai gaji RM4,000 ingin meneruskan bayaran PTPTN amatlah dialu-alukan – katanya.

Beliau juga berkata, pihak mereka akan berhubung dengan Jabatan Imigresen untuk menarik semula sekatan ke luar negara kepada semua peminjam-peminjam yang pernah disenarai hitamkan.

Jadi, lepas ni korang bolehlah pergi keluar negara bagi siapa yang berhajat untuk berkerja di sana. Rancanglah perjalanan hidup anda sebaik-baiknya dan ingat yang anda masih perlu berusaha untuk membayar balik pinjaman anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here