Bayaran BR1M untuk Tahun 2017

1466
views
Iklan Infopelajar2u

Berita baik buat penerima BR1M. Menerusi pengumuman Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 21 Oktober 2016, jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan dinaikkan untuk semua kategori penerima. Kenaikan jumlah bantuan adalah dari RM50 sehingga RM200 termasuk kategori e-kasih.

Jumlah Pembayaran BR1M 2017

Jumlah pembayaran BR1M untuk tahun 2017 selepas pembentangan Bajet 2017 akan dinaikkan seperti berikut:

1. Kategori e-Kasih

  • Kategori yang diperkenalkan pada tahun 2016 bagi penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1k akan menerima BR1M sebanyak RM1200 (Naik RM150 dari RM1050)

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k

  • Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM1000 kepada RM1200 (Kenaikan RM200);

3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k

  • Isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM800 kepada RM900 (Kenaikan RM100);

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k

  • Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM400 kepada RM450 (Naik RM50).

Secara ringkasnya, berikut adalah jadual jumlah pembayaran BR1M 2017 :-

KATEGORI
JUMLAH BANTUAN
1 Kategori e-Kasih
RM1050
2 Kategori Pendapatan Bawah RM3k
RM1000
3 Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k
RM800
4 Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k
RM400