Bantuan Pinjaman Pendidikan 2017

282
views

Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) 2017 mula diperkenalkan pada tahun 2004 bertujuan meringankan beban kewangan anak-anak Peneroka dan sebagai sumbangan sagu hati FELDA kepada anak-anak peneroka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih.

Syarat Kelayakan Permohonan SIAP

  1. Terbuka hanya kepada Anak Peneroka, Anak Tiri Peneroka atau Anak Angkat Peneroka yang berdaftar secara sah (sertakan salinan surat pendaftaran atau surat pengesahan)
  2. Mendapat tawaran peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih
  3. Had Umur :Diploma (18 – 23 tahun), Ijazah (18 – 25 tahun)

Dokumen yang Perlu disertakan

Permohonan insentif ini mestilah dibuat di Pejabat Rancangan FELDA masing-masing dengan mengemukakan salinan dokumen tersebut yang telah disahkan;

  1. Surat tawaran rasmi kemasukan ke IPTA / IPTS yang terpilih
  2. Kad Pengenalan pemohon
  3. Kad Pengenalan Peneroka (ayah, ibu, atau penjaga)
  4. Penyata Pendapatan peneroka (paysheet) terkini

Permohonan yang Tidak Layak

Pemohon yang tidak layak mendapat bantuan ini adalah seperti berikut;

  1. Peneroka atau anak peneroka yang menetap di luar rancangan
  2. Pelajar yang mendapat tawaran ke Matrikulasi / Program Asasi
  3. Pelajar yang mendapat tawaran ke peringkat Sijil / Pra / Matrikulasi / Asasi (Foundation) /Briged politeknik / Sarjana (Master) / Doktor Falsafah (PhD)
  4. Pelajar di bawah Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Program separuh masa (part-time) / pemohon yang telah bekerja.
  5. Penerima Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara FELDA / pelajar yang mengikuti Kursus Latihan Kemahiran FELDA

Info lanjut klik pada pautan yang disediakan dibawah.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter