Bantuan Kemasukan IPTA/IPTS MAIPk 2017

5934
views

Makluman Permohonan Bantuan Am Pelajaran Online – TELAH DIBUKA DENGAN RASMINYA!

Dimaklumkan bahawa, permohonan Skim Bantuan Am Pelajaran bermula 29 Mei 2017 adalah SECARA ONLINE! Ianya melibatkan bantuan kepada pelajar SECARA ONE-OFF bagi melanjutkan pengajian dalam peringkat :

  • Sijil/ Matrikulasi
  • Diploma
  • IjazahSarjanaMuda

Jumlah Bantuan

Syarat-syarat Umum Permohonan

  1. Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.
  2. Tarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS
  3. Tempoh pengajian mestilah melebihi tempoh setahun atau 12 bulan.
  4. Pemohon mestilah bermastautin dalam Negeri Perak.
  5. Mana-mana IPTA-IPTS yang ada memberi elaun secara bulanan adalah tidak layak memohon.

Cara Memohon Skim Bantuan

Permohonan bagi skim bantuan ini hanya boleh dibuat melalui sistem online sahaja dan tiada lagi melalui pengisian borang manual.

Sebarang permohonan boleh dibuat dengan klik link dibawah.