Nikotin merupakan satu bahan yang terdapat di dalam tembakau. Ia boleh mengakibatkan ketagihan, walaupun hanya mencubanya sekali sahaja. Selain nikotin, perokok juga menghirup sekitar 7,000 bahan kimia yang lain (ya, pastinya berbahaya).
Nikotin boleh memberikan kesan ketagihan yang kuat. Perokok tegar memerlukan bekalan nikotin yang tertentu untuk berasa normal – untuk menghilangkan rasa kemahuan/craving ataupun untuk melegakan mood mereka.
Dan bahan selebihnya pula berasal daripada daun tembakau. Sesetengah bahan tersebut adalah aktif (secara kimia) dan boleh membahayakan organ badan.
Asap rokok pula mengandungi lebih daripada 60 kimia yang boleh mengakibatkan kanser. Boleh katakan merokok ini merosakkan setiap anggota badan anda, membawa kepada banyak masalah kesihatan.
Bahan Kimia Berbahaya di Dalam Asap Rokok
Sebelum mengetahui apa kesan merokok terhadap badan kita, adalah baik sekiranya kita mengetahui apa kandungan yang terdapat di dalam rokok dan asapnya terlebih dahulu.
Berikut adalah beberapa bahan yang terdapat di dalam asap rokok (semuanya berbahaya):
Kesan dan Bahaya Merokok Ke Atas Badan
Kesan merokok sangat besar dalam jangka masa yang panjang. Anda mungkin tidak merasakannya lagi di awal 30-an, tetapi dalam lingkungan 50-an, anda akan merasakannya.
Bukan first-hand smoker sahaja, malah second-hand smoker juga turut dapat nasib yang sama.
Antara masalah kesihatan yang perokok akan hadapi adalah:
Merokok banyak memberikan kesan yang nyata kepada sistem pernafasan kita, antaranya adalah:
- kerengsaan pada trakea (salur udara) dan larinks (kotak suara)
- menghadkan fungsi paru-paru dan kesukaran bernafas, disebabkan oleh saluran udara paru-paru bengkak, sempit dan terdapat lendir.
- mengakibatkan kerosakan paru-paru kerana bahan kimia yang terkumpul dan tidak boleh dikeluarkan.
- peningkatan risiko jangkitan paru-paru dan mendapat tanda-tanda seperti batuk dan semput.
Antara kesan amalan merokok terhadapa sistem peredaran darah adalah:
- peningkatan tekanan darah dan kadar degupan jantung.
- penyempitan saluran darah di dalam kulit, mengakibatkan suhu kulit menurun.
- kadar peredaran oksigen berkurangan semasa melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan bersukan.
- darah semakin pekat, boleh membawa kepada penggumpalan darah.
- kerosakan kepada dinding arteri, yang mana dikenalpasti sebagai salah satu penyebab kepada aterosklerosis.
- pengurangan kadar saluran darah ke jari (tangan dan kaki).
- meningkatkan risiko kepada strok dan masalah jantung kepada saluran darah tersumbat.
Rokok juga boleh memberikan impak kepada sistem pertahan badan ataupun juga dikenali sebagai sistem imun. Antaranya adalah:
- lebih mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit seperti pneumonia dan influenza.
- sakit lambat sembuh, walaupun sakit biasa seperti demam ataupun selesema.
- kadar antioksida (seperti vitamin C) di dalam darah berkurangan.
Otot juga akan terjejas jika menerima asap rokok secara berterusan. Antaranya:
- mengetatkan otot tertentu.
- kepadatan tulang (bone density) berkurangan.
Asap tembakau dari rokok boleh membawa kepada beberapa masalah kepada organ seksual lelaki, antaranya:
- jumlah sperma (air mani) yang berkurangan.
- kadar sperma cacat (tidak sempurna) adalah lebih tinggi.
- kerosakan genetik pada sperma.
- mati pucuk.
Bagi wanita pula, amalan merokok boleh membawa kepada:
- kurang subur, sukar untuk mendapat anak.
- kitaran haid akan terganggu.
- mendapat menopause dengan lebih awal.
- berisiko mendapat kanser serviks.
- berisiko mendapat strok dan serangan jantung (jika berumur 35 tahun dan ke atas)
Secara umumnya, orang yang merokok mungkin mendapat beberapa masalah kesihatan yang disenaraikan di bawah:
- kerengsaan/keradangan di bahagian perut dan usus.
- masalah berkurangnya deria untuk merasa dan menghidu.
- kedutan pra-matang pada kulit.
- risiko lebih tinggi untuk menjadi buta.
- penyakit gusi (periodontitis).
Bagi ibu hamil yang merokok, mereka boleh mengalami beberapa masalah seperti berikut:
- risiko untuk gugur kandungan ataupun lahir tidak cukup bulan adalah sangat tinggi.
- berat lahir yang rendah, yang mana boleh memberikan kesan masa panjang kepada perkembangan bayi. Ia terikat dengan masalah jantung, strok, tekanan darah tinggi,masalah berat badan dan kencing manis pada masa mereka dewasa.
- berisiko untuk mendapatkan cleft palate dan cleft lip.
- Jika ibu bapa tetap merokok berhampirang dengan bayi yang baru lahir, bayi tersebut berisiko untuk mendapat jangkitan telinga, masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronchitis, sudden infant death syndrome (SIDS) dan penyakit meningococcal.
Bagi orang yang sudah lama merokok, mereka lebih cenderung untuk mendapat penyakit yang boleh meragut nyawa. Antaranya adalah:
- Kanser paru-paru, mulut, hidung, peti suara (larinks), lidah, sinus hidung, kerongkong, tekak, pankreas, sumsum tulang (leukaemia mieloid), buah pinggang, serviks, ovari, ureter, hati, pudi kencing, usus dan perut — 18 jenis kanser semuanya! Kalau tidak dapat semua, mungkin sekurang-kurangnya satu ataupun beberapa.
- penyakit paru-paru seperti chronic bronchitis dan chronic obstructive pulmonary disease.
- penyakit arteri koronari, penyakit jantung, serangan jantung dan strok.
- ulser sistem penghadaman.
- osteoporosis dan keretakan pinggul.
- peredaran darah yang lemah pada kaki dan tangan, yang boleh membawa kepada rasa sakit. Dalam kes yang teruk, gangren dan perlukan pemotongan anggota badan (amputasi).
Kesimpulan
Merokok boleh mengakibatkan kematian – ya itu satu fakta!
Ramai orang yang tidak mengendahkan perkara ini kerana mereka tidak dapat merasakan masalah kesihatan tersebut pada masa sekarang. Hal ini kerana masalah tersebut akan datang pada masa hadapan jika tidak berhenti dengan serta merta.
Harap artikel ini membantu anda. Silalah berkongsikan artikel ini kepada orang yang anda sayang, agar mereka boleh menjauhi rokok – ataupun menjadi pedoman agar berhenti merokok.