Amalan Orang-Orang Yang Berjaya Lakukan

680
views

Kejayaan dilihat seakan menyerupai fenomena misteri dalam dunia ini. Terdapat manusia ditakdirkan untuk meraih kejayaan sedangkan ada sebahagiannya yang lain hanya mampu melihat kejayaan orang lain.

Namun, perkara itu bukanlah menjadi titik tolak untuk berjaya. Barangkali anda boleh mempelajari sikap atau tabiat orang yang berjaya untuk jadikan anda berjaya seperti mereka juga.

1. Suka Bercakap Dengan Diri Sendiri

Michal Stawicki, seorang penulis telah melakukan penyelidikan dan mendapati bahawa:

“Pada peringkat tertinggi untuk pemain sukan yang profesional, mereka memberi penekanan kepada kemahiran dan teknik yang diajar. Namun, apa yang membuatkan mereka mampu berhadapan dengan pihak lawan ialah memberi fokus kepada kesempurnaan dialog dalaman yang memberi semangat untuk mereka bermain”

2. Membaca

Waqar Ahmed, menyatakan bahawa kebanyakan mereka yang berjaya ini seperti Bill Gates, adalah pembaca buku yang tegar.

Lagenda pelaburan, Warren Buffett dilaporkan menghabiskan 80% dari masa seharinya dengan membaca. Jutawan teknologi, Elon Musk berkata dia mencipta roket juga dengan membaca buku.

Adakah Ahmed menasihati kita untuk menjadi ulat buku? TIDAK. “Hanya baca perkara anda benar-benar minat dan lakukan sesuatu untuk keesokan harinya berdasarkan pembacaan anda”

3. Komunikasi Yang Jelas

Janis Butevics dalam Lifehack article, turut ada mengatakan bahawa tabiat orang yang berjaya ialah mereka mampu untuk menyampaikan maklumat melalui komunikasi yang berkesan.

Anda juga boleh meningkatkan kemahiran komunikasi dengan mengamalkan teknik-teknik komunikasi yang berkesan di samping menggunakan nada dan bahasa tubuh yang tepat untuk menjadikan komunikasi anda meninggalkan kesan kepada pendengar.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter