Tiada Lagi Aliran Sains & Sastera Mulai Tahun 2020

823
views

Mulai 2020, pelajar yang akan melangkah ke tingkatan 4 tidak akan dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, perbezaan antara dua aliran itu tidak lagi wujud selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Aliran Sains & Sastera Dimansuhkan

Kenyataan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menerusi akhbar Sin Chew Daily. Penguguman rasmi akan kami kongsikan kelak.

“Pelajar boleh memilih subjek mengikut minat dan kecenderungan masing-masing, pihak sekolah pula akan mengaturkan kelas mengikut pilihan subjek oleh pelajar,” katanya.

Nie Ching berkata, penilaian pelajar dalam kelas dan keputusan PT3 mereka juga boleh dijadikan rujukan dalam pemilihan subjek.

“Guru kaunseling memainkan peranan penting dalam membantu pelajar membuat pilihan,” katanya.

Pihak Sekolah Perlu Menyediakan Subjek Pelajar

Tambahnya lagi, sekolah diberi autonomi untuk menyediakan subjek pilihan murid berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan sekolah dan sumber tenaga pengajar.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik pernah mendedahkan aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia akan digabungkan.

Usaha tersebut dicadangkan Jawantankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan untuk menambah baik sistem persekolahan di Malaysia.

Baca : 8 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here