9 Tip Untuk Membuat Permohonan Kerja Melalui E-mail

1778
views
Iklan Infopelajar2u

Memohon kerja melalui medium maya ; e-mail telah menjadi trend yang paling berkesan bagi mana-mana graduan setelah saja tamat pengajian di universiti.

Zaman dah berubah, semuanya dihujung jari. Yang berada di Kedah boleh saja memohon kerja di Melaka dalam tempoh kurang dari satu minit!

Dapat atau tak, itu lain cerita. Yang penting ada usaha dan usaha tersebut perlulah dalam keadaan yang tekad dan bersungguh-sungguh.

Tetapi menerima email permohonan rasmi dari pelajar adakalanya membuat majikan tepuk dahi. Manakan tidak. Hampir 90% permohonan tidak dibuat secara rasmi.

Baca tips yang dikongsikan dibawah. Moga bawa manfaat bagi semua pelajar.

1. Gunakan nama akaun email yang sopan.

Ia mencerminkan keperibadian pelajar. Nama akaun email ala-ala hipster atau gothik tidak sesuai langsung digunakan apabila membuat permohonan rasmi.

email-03-768x286
AGAK-AGAK ADA USAHAWAN NAK AMBIL PEKERJA ATAU PELAJAR DARI GOLONGAN REMP-IT? LIHAT NAMA AKAUN YANG DIGUNAKAN.

2. Hormati privasi syarikat yang bakal menerima email anda.

Jika ingin menghantar kepada lebih daripada satu syarikat, letakkan alamat e-mail anda sendiri pada ruang TO, dan alamat email penerima-penerima yang ramai itu pada ruang BCC BUKAN CC.

MAJIKAN BILA DAPAT EMAIL BEGINI YANG TERPAPAR BANYAK MAJIKAN, (YANG TIDAK TERPAPAR ADA LAGI 89 PENERIMA). MEMANG TERSIRAP DARAH. TAK FIKIR PANJANG. MASUK BIN SAHAJA JAWAPANNYA.
MAJIKAN BILA DAPAT EMAIL BEGINI YANG TERPAPAR BANYAK MAJIKAN, (YANG TIDAK TERPAPAR ADA LAGI 89 PENERIMA). MEMANG TERSIRAP DARAH. TAK FIKIR PANJANG. MASUK BIN SAHAJA JAWAPANNYA.

3. Majikan yang menerima permohonan anda, apabila melihat nama majikan lain di ruang CC akan membuat pelbagai persepsi.

Paling popular adalah pelajar seorang malas.

INI BERLAKU APABILA MAJIKAN-MAJIKAN SUDAH HILANG SABAR APABILA PELAJAR KERAP SANGAT HANTAR 100 MAJIKAN SERENTAK. NASIBLAH PELAJAR YANG DAPAT “SURAT CINTA” BEGINI.
INI BERLAKU APABILA MAJIKAN-MAJIKAN SUDAH HILANG SABAR APABILA PELAJAR KERAP SANGAT HANTAR 100 MAJIKAN SERENTAK. NASIBLAH PELAJAR YANG DAPAT “SURAT CINTA” BEGINI.

4. Pastikan tujuan email ditulis dengan ringkas.

Contoh “Permohonan Latihan Industri” atau “Permohonan Jawatan Kosong”. Ini penting.

Syarikat menerima beratus email dalam sehari. Dengan menulis tujuan email, anda membantu majikan mengetahui tujuan e-mail tersebut dihantar kepada mereka.

5. Serlahkan kesopanan dengan menghantar e-mail mengandungi ucapan selamat dan penutup yang sopan dan ceria.

Ingat ini adalah “email rasmi”.

Bukan hantar krpada sahabat handai. Ucapan tambahan seperti terima kasih atau penghargaan akan menambah nilai e-mail yang dihantar.

6. Nyatakan tujuan menghantar email tersebut dalam ruangan yang disediakan.

Gunakan Bahasa Melayu Tinggi untuk mengelakkan kesalahfahaman apabila dibaca majikan. Jangan sesekali menulis kepada syarikat seperti menulis kepada rakan-rakan anda.

ERM. SAYA KENA ADA INISIATIF SEDIKIT UNTUK BUKA SATU PERSATU FAIL YANG DIKEMBARKAN BAGI MENGETAHUI SIAPA DIA INI. KALAU SAYA ADA MASA SAYA BUKALAH. BUAT MASA INI MASUK KIV.
ERM. SAYA KENA ADA INISIATIF SEDIKIT UNTUK BUKA SATU PERSATU FAIL YANG DIKEMBARKAN BAGI MENGETAHUI SIAPA DIA INI. KALAU SAYA ADA MASA SAYA BUKALAH. BUAT MASA INI MASUK KIV.

7. Jika anda memerlukan jawapan segera, atau mempunyai tarikh akhir untuk menghantar borang, nyatakan di dalam e-mail tarikh yang diperlukan supaya penerima peka ada tarikh yang perlu diikut.

8. Paparkan inisiatif anda – jika mempunyai pelbagai borang yang perlu diisi oleh syarikat, gunakan inisiatif dengan mengisi sendiri borang tersebut.

9. Jika menghantar lampiran fail, pastikan ia dari fail yang boleh dibaca.

Ini menjimatkan masa syarikat untuk memuat turun fail anda.

Namakan fail sesuai dengan isi kandungan dan nyatakan juga kandungan fail tersebut. Contoh fail ‘Resume’ mengandungi butiran peribadi dan pengalaman pelajar.

E-MAIL INI AKAN MEMBUATKAN WARGA UITM BANGGA. HAMPIR SEMPURNA. ISI KANDUNGANNYA MENCERITAKAN SEGALA APA YANG DIHAJAT.
E-MAIL INI AKAN MEMBUATKAN WARGA UITM BANGGA. HAMPIR SEMPURNA. ISI KANDUNGANNYA MENCERITAKAN SEGALA APA YANG DIHAJAT.

Permohonan pelajar melalui e-mail mencerminkan IPTA dan IPTS itu sendiri.

Ramai tenaga pengajar melatih pelajar membuat permohonan rasmi. Cuma tidak ramai yang tahu rupa sebenar pelajar menghantar e-mel mereka.