9 Aktiviti Yang Perlu Dielakkan Supaya Hari Anda Lebih Produktif

568
views
Iklan Infopelajar2u

 

Adakah anda pernah merasa seperti seorang pemalas akhir-akhir ini dan mahu keluar dari zon itu? Salah satu cara yang boleh anda ikuti adalah, menjadikan hari anda lebih produktif.

Secara tidak langsung, ianya  dapat membuatkan anda lebih berkeyakinan pada setiap hari. Walaupun bukan mudah untuk melakukannya, namun jika anda melakukan perkara yang lebih berfaedah ianya akan menunjukkan anda lebih menghargai masa yang ada dari terbuang begitu sahaja.

Berikut merupakan beberapa tabiat buruk yang perlu anda elakkan supaya hari-hari anda menjadi lebih produktif.

#1 – Melayari Internet

Melayari internet setiap hari tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah akan menyebabkan anda membuang masa dengan begitu sahaja. Tidak salah untuk  melayari internet, tetapi tetapkan masa yang sepatutnya untuk anda melakukannya.

Mungkin anda boleh menulis beberapa nota tentang  kerja yang perlu dilakukan, kemudian tampalkan di komputer tersebut. Dengan ini, segala kerja yang perlu diselesaikan dapat disiapkan pada awal waktu

#2  – Buat Dua Kerja Dalam Satu Masa

dua kerja satu masa

Ramai orang percaya bahawa melakukan kerja dalam satu masa dapat menunjukkan individu tersebut mahir dalam sesuatu pekerjaan. Penyelidikan saintifik telah mendapati bahawa, hanya 2% sahaja  daripada kita mampu melakukan tugas tersebut.

Namun, bagi sesetengah individu daripada kita tidak dapat melakukan multi-tasking dengan baik. Kerana ianya satu tabiat yang buruk dan dapat menunjukkan seseorang itu tergopoh-gapah apabila melakukan pekerjaan. Selain itu, multi-tasking juga dapat mengurangkan perhatian kita pada satu kerja.

#3 – Periksa E-mel Sepanjang Hari

Tahukah anda bahawa, dengan memeriksa emel sepanjang hari telah membuatkan anda kehilangan 25 minit masa bekerja. Namun, masalah ini bukan sahaja berlaku kepada individu yang tengah bekerja, tetapi  sering berlaku kepada mereka yang menunggu jawapan dari syarikat yang dimohon untuk bekerja.

#4 – Tidak Pentingkan Tugas Yang lebih Sukar

kerja

Individu yang sering melakukan tugas yang mudah dan meninggalkan tugas yang sukar buat mereka, individu seperti ini tidak gemar dengan kerja yang lebih mencabar. Ini kerana, mudah bagi mereka untuk pulang dari tempat kerja dengan lebih awal.

Sedar atau tidak, anda telah meletakkan diri anda ke arah kehidupan yang negatif dan gemar melakukakan tugas yang sukar di akhir waktu. Secara tidak langsung, ini dapat menunjukkan bahawa anda seorang yang tidak serius apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

Baca Juga : Cara Buat To-Do-List Yang Efektif

#5 – Terlalu Banyak Hadir Mesyuarat

Menghadirkan diri di mesyuarat bagus untuk anda memberikan idea-idea yang bernas buat syarikat tersebut. Namun, jika kerap anda melakukan sedemikian ianya bukan sahaja akan membuang masa anda, malah waktu orang lain juga akan terjejas.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan selain menghadiri mesyuarat, antaranya adalah dengan menghantar emel, pesanan segera, atau berbual di video juga dapat menjimatkan masa. Sekiranya ada perkara yang lebih penting untuk dibincangkan, lebih baik dilakukan secara peribadi.

#6 – Duduk Sepanjang Hari Tanpa Melakukan Sebarang Aktiviti

tak pentingkan kerja sukar

Ketika anda berada di pejabat, pastinya kerja yang menimbun membuatkan anda tidak ada masa untuk melakukan aktiviti di luar. Sepanjang hari hanya duduk dan melakukan tugasan. Tidak salah untuk anda keluar sebentar sambil mengambil angin dan menghirup kopi segar untuk kembali kekal aktif.

Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman ringan di pejabat untuk elakkan anda berasa mengantuk pada waktu bekerja. Udara yang segar dapat mendorong anda untuk sentiasa kekal segar dan lebih bermotivasi.

#7 – Sukar Untuk Bangun Di Awal Pagi

Bagi individu yang sukar untuk bangun di awal pagi, mereka lebih suka untuk menekan butang snooze di jam mahupun telefon. Jika anda kerap melakukan perkara ini pada setiap pagi masa anda akan terbuang begitu sahaja.

Setiap malam sebelum tidur, niatkan dalam diri yang anda mahu bangun di awal pagi dan latih diri untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Bukan mudah untuk melakukan perkara ini namun, jika setiap hari anda lakukannya, tidak mustahil ianya akan menjadi satu tabiat pada awal pagi.

Individu yang sering tidur di awal waktu, dapat meningkatkan kecergasan otak pada keesokan harinya serta, lebih bijak membuat keputusan.

#8 – Terlalu Banyak Perancangan

to do list

Setiap individu mempunyai cita-cita yang tinggi pada setiap hari, iaitu membuat perancangan. Aktiviti ini bagus untuk anda sentiasa lebih menghargai masa. Namun, jika terlalu banyak perancangan yang dilakukan ianya akan lebih membuatkan hari anda tidak teratur.

Pastikan setiap pagi, rancang hari anda dengan lebih baik dan lakukan perkara yang penting dahulu. Selain  itu, rancang waktu yang sesuai untuk anda lakukan tugasan supaya dapat menguruskan masa dengan baik.

#9 – Kerap Menggunakan Telefon Sebelum Tidur

Tahukah anda bahawa, jika anda kerap menggunakan telefon sebelum tidur dapat memberikan kesan yang negatif kepada diri anda. Antaranya adalah, skrin LED telefon pintar, tablet dan juga komputer mengeluarkan cahaya biru yang boleh merosakkan penglihatan serta, dapat menyekat pengeluaran melatonin iaitu hormon yang membantu mengawal kitaran tidur.

Kajian juga mendapati individu yang mempunyai masalah tahap melatonin yang rendah lebih cenderung kepada masalah kemurungan.

Baca Juga : Cara Untuk Manage Masa Dengan Betul

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter