7 Tips Ini Untuk Latih Pelajar Supaya Berani Bertanya Soalan

790
views

Setiap orang mempunyai perwatakan, juga karakter mereka yang tersendiri, begitu juga dengan kanak-kanak yang mana ada di antara mereka yang pemalu, juga yang cepat mesra dengan sesiapa sahaja walau baru dikenali.

Bagi kanak-kanak yang aktif, atau banyak bercakap, juga tidak berasa malu, golongan kanak-kanak ini lebih cenderung untuk aktif di dalam kelas, di mana sering mengikuti aktiviti pembelajaran, sama ada ‘excited’ untuk buat aktiviti baru, atau banyak bertanya soalan, walau sudah diterangkan oleh guru.

Namun begitu, bagaimana pula dengan murid, atau anak-anak yang pendiam, perlukah dibiarkan sahaja, atau ada cara untuk membantu mereka ini? Menurut perkongsian dari saudara Hazhari Ismail, terdapat beberapa cara menarik, yang boleh dilakukan ibu bapa, juga guru dalam melatih anak untuk beranikan diri, dalam bertanya soalan juga menjadikan mereka lebih yakin pada diri.

Tips Untuk Tanya Soalan

Ada sesiapa punya soalan?

Kelihatan hampir semua pelajar mengangkat tangan untuk menanyakan soalan kepada Prof. Jim di dalam kelas. Dan tangan aku masih menyorok di bawah meja, sebab takda apa nak di tanya. Masakan aku perlu bertanya tatkala lecture beliau yang aku anggap sudah sempurna?

Pernah tak terjadi macam ni? Terasa beban yang terlalu berat untuk mengangkat tangan bila disuruh untuk bertanyakan soalan. Tiada kekuatan.

Di dalam classroom setting, ia menjadi satu implikasi yang besar jika tidak dilatih sejak dari awal. Mengiyakan apa sahaja tanpa sebarang soalan.

Punca utama kenapa situasi ini kerap berlaku adalah

1. Malu

Malu tak kena tempat. Malu kalau soalan yang ditanya tu tiada kaitan. Malu kalau soalan tu hampir sama dengan soalan yang lain.

2. Takutkan rakan sebaya

Nanti tanya banyak-banyak kena ejek pula. Takpun jika tertanya soalan ‘bodoh’, habis di bahan sampai habis sekolah.

3. Takut nampak bodoh

Ada sesiapa suka untuk memperbodohkan diri? Untuk mengelak benda ni terjadi, maka kita sering tanya soalan yang kononnya hendak ditanya, Dan cuba untuk dapatkan jawapan untuk sendiri. Kalau dapat baguslah. Kalau tak dapat, maka soalan itu hanyalah tinggal soalan.

4. Tak reti nak tanya macam mana

Ada sesetengah orang struggle untuk bina soalan. Kadang-kadang terpaksa tulis dulu soalan, atau bina soalan lengkap sebelum bertanya. Sebelum sempat nak tanya soalan, masa dalam kelas pun habis.

Kesan bila takut bertanya soalan

1. Ya, knowledge yang kita dapat tu tak lengkap. Kalau jenis yang rajin buka buku or google untuk cari jawapan takpela. Ini tidak, kita biarkan kekosongan itu terus kekal kosong.

2. Berlanjutannn sampailah ke peringkat tinggi. Dah jadi habit supaya taknak tanya soalan dalam kelas. Dan bila ramai-ramai dah pegang habit ni dalam suatu komuniti, maka ia menjadi culture. Hasilnya kita akan jadi pak turut mengiyakan semua benda. Tahu salah, tapi budaya ‘jangan tanya‘ dah sebati.

Kedua-dua kesan ni yang kita takut sebenarnya. Membudayakan peradaban yang tidak sihat. Bukan sahaja di tempat kerja atau pengajian tinggi, malah di rumah pun akan ada wujud sikap kelemahan interaksi antara ibu bapa dan anak.

Cara yang boleh lakukan untuk mengurangkan masalah ini

1. Selitkan game untuk bertanya soalan

Bagi peluang kepada kanak-kanak untuk tanya apa jua soalan kepada rakan-rakan. Boleh juga untuk tetapkan tema-tema tertentu. Tapi, make it general pon akan, nampaklah soalan masing-masing kreatif.

2. Kumpulan kecil

Masih malu nak break the walls dalam mass activity? Cuba buat dalam group yang lebih kecil atau berpasangan. Sekurangnya dapat reduce kan perasaan anxiety kanak-kanak dan meningkatkan self-concept.

3. Kotak soalan

Tak pun sediakan satu kotak soalan dan ask them untuk letakkan kertas soalan dalam kotak. Nak make it anonymous pon ok. Mungkin sesuai untuk kanak-kanak yang sudah pandai menulis.

4. Latar belakang kanak-kanak

Ambil tahu background kanak-kanak. Dia cakap Melayu ke English dekat rumah. Atau bahasa dan loghat lain? Mungkin juga, bahasa menjadi masalah utama untuk bertanya, takut salah grammar dan tak cukup vocab.

Saya pernah mengalami kesukaran yang teramat apabila melakukan placement / teacher’s training di luar negara. Bayangkan, kanak-kanak yang masih muda pelat bertutur Bahasa Melayu pun sometime susah nak faham, apatah lagi pelat dalam bahasa lain. Maka, pentingnya cikgu memahami bahasa kanak-kanak yang baru nk berkembang. Kerana kitalah medium nya.

5. Bersikap terbuka

Kadang-kadang janganlah rigid sangat hanya membenarkan soalan. Boleh juga terima jika anak murid nak share experiences atau summarizekan apa yang dia faham.

6. Tidak memarahi jika tiada soalan

Jangan dimarahnya mereka jika tiada soalan. Kalau anda marah, sampai bila-bila mereka takkan bertanya. Dan jangan seronok pula bila tiada soalan. Bukan sebab pengajaran anda dah terlalu sempurna sehingga tiada apa nak ditanyakan. Jangan salah faham dengan ruyung yang masih belum dipecahkan.

7. Rajin melayan soalan anak

Untuk ibu bapa, jangan malas untuk menjawab soalan. Pernah tengok kan iklan ‘ini burung apa’. Tenang si ayah menjawab persoalan si anak walaupun soalan yang sama berulang kali.

Kadang-kadang kita tak sedar bila kita melatah untuk stop tanya, ia merencatkan minat dan akan terkesan dalam minda si kecil sampai bila-bila.

***

Minggu depannya, Prof. Jim tanya soalan yang sama,

Ada sesiapa punya soalan

Aku pun angkat sebab tak mahu rasa terasing bila semua orang angkat tangan.

Yes, kamu.” Sambil menunjuk ke arah aku.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter