7 Manfaat Blog dan Kenapa Pelajar Perlu Milikinya

1099
views
Iklan Infopelajar2u

Dunia sangat cepat berubah. Kita memasuki era cyber yang mesti ditempuhi dengan bijak. Bagi para pelajar, internet sudah menjadi keperluan. Bahkan banyak waktu digunakan tiap hari hanya untuk online. Salah satu tujuan terbaik untuk online adalah dengan membuat blog.

Pelajar masa kini, sebagai generasi penerus bangsa dicabar untuk mampu memilih yang terbaik untuk dirinya. Pelajar yang menggunakan masa lapang untuk blogging, dapat memiliki banyak manfaat. Berikut tujuh manfaat blog untuk pelajar :

7 Manfaat Blog Untuk Pelajar

1. Memperkaya kaedah belajar.

Anda mungkin memiliki guru untuk setiap mata pelajaran. Namun situasi di kelas dan buku kadangkala akan membuatkan kita tertekan. Seperti biasa, mata pelajaran daripada guru serta membaca buku itu  adalah wajib.

Walau bagaimanapun membuat rumusan hasil pelajaran itu mampu membuat pelajaran tersebut lebih kekal dalam ingatan. Sehingga ingatan pelajaran + buku + menulis rumusan membuat kaedah belajar lebih berkesan.

Dan yang pasti bahawa, ketika menulis rumusan pelajaran, tidak lagi dilakukan dikelas malah boleh dilakukan online dengan menulis blog. Ianya lebih santai sehingga dapat memperkaya kaedah belajar.

2. Melatih kemahiran menulis.

Menulis adalah sebuah aktiviti intelektual, di mana idea-idea yang tersebar, boleh disistematiskan dan berbentuk naratif. Sehingga apa yang ingin disampaikan dari penulis difahami pembaca. Banyak orang yang kurang mahir menulis. Hal itu disebabkan kerana tidak biasa menulis.

Bagi blogger, menulis adalah perkara yang wajib. Tidak memerlukan kecerdasan yang tinggi untuk boleh mahir menulis. Yang diperlukan hanyalah semangat dan latihan.

Oleh demikian, seorang pelajar yang mula blogging boleh mengasah keterampilannya menulis dari awal. Boleh bayangkan beberapa tahun ke depan. Tentu akan semakin hebat.

3. Internet Positif.

Pelajar sebagai generasi remaja, penuh rasa ingin tahu dan ingin mencuba. Internet menyediakan segala-galanya. Jika online untuk hal-hal tidak perlu, tentu sama saja membuang masa muda. Bukankah masa muda tidak datang dua kali?

Apalagi jika membuka laman laman web tertentu. Nah, menjadi blogger bermakna pelajar perlu berusaha mengupdate blognya. Ia akan memberi tumpuan menguruskan blognya dan mencari bahan yang relevan untuk kandungan blognya

4. Media aktualisasi diri.

Secara fitrawi, manusia selalu ingin dikenali. Para remaja juga begitu. Cuba sahaja lihat, banyak orang menulis namanya ditempat umum bahkan di tandas. Atau mencoret-coret tembok.

Pada dasarnya hasrat memperkenalkan dirinya yang tidak kena tempat. Bayangkan kalau seseorang memperkenalkan dirinya melalui tulisannya diblog?

Seorang pelajar tidak semestinya menulis namanya di tembok atau meja kelas. Cukup memberi alamat blognya. Ia sudah mampu memperkenalkan dirinya bukan hanya pada orang yang duduk di meja. Atau orang yang baca tulisan di tembok sambil menyumpah. Tapi melalui dunia maya yang luas dan positif

5. Memperluaskan pergaulan.

Di zaman pra cyber, pergaulan remaja terhad. Paling-paling pun, dengan jiran yang berhampiran rumahnya shaja. Sekarang, di zaman cyber pergaulan semakin luas menembusi jarak.

Modelnya, lebih pada hobi. Tentu sahaja blogger punyai komuniti. Seorang pelajar yang menjadi blogger, akan berpeluang besar bergaul sesama blogger yang lain. Dengan itu ia mempunyai lebih banyak teman dan boleh berkongsi pengetahuan

6. Penyaluran hobi.

Bagi pelajar yang suka produk teknologi, ia boleh menyalurkan hobinya dengan membaca dan menulis tentang produk teknologi tersebut. Apakah itu perisian atau membuat review mengenainya. Ia boleh membuat blog yang bertemakan sesuai hobinya.

Contoh Blog Teknologi :

Contoh Blog Peribadi :

7. Belajar berdikari.

Jika bernasib baik, space iklan yang terisi pada blog boleh menghasilkan wang. Tentu dapat mengurangkan beban orang tua. Bayangkan, hanya duduk online di rumah boleh menghasilkan duit. Tanpa perlu mengambil hak orang lain, tanpa perlu mengemis dan tanpa perlu bekerja keras.

Kalau anda berminat untuk membuat blog mengunakan platform wordpress bolehlah baca artikel yang kami tulis ini Cara Bagaimana Membuat Blog WordPress (Langkah demi langkah)

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter