6 Cara Berkesan Untuk Merawat Ulser

20015
views

Ulser mulut ataupun juga dikenali sebagai bibir pecah boleh berlaku pada bahagian gusi, bibir, pipi dan mahupun tekak. Ulser mulut ini, walaupun sangat tidak menyenangkan, ia biasa akan sembuh sendiri dalam jangka masa seminggu atau dua.

Kalau dah terkena ulser ni, nak makan pun susah. Memang menyakitkan , ya tak? Kata orang, kalau nak cepat baik kena minum banyak air kosong. Kebiasaan, individu akan terkena ulser di bahagian bibir.

Punca ulser ni ada banyak, mungkin korang kekurangan vitamin B12, Vitamin C atau kurang zat besi. Selain itu, kerap kali makan makanan pedas dan masam juga menjadi punca bibir korang tumbuh ulser.

Jadi, kami di infopelajar2u ada sediakan beberapa cara yang berkesan untuk hilangkan ulser ini.

tips-merawat-ulser-mulut

6 Cara Berkesan Untuk Merawat Ulser

1)Air kelapa

Ya, minum air kelapa hijau dan kumur. Cara ini boleh menghilangkan ulser korang

2) Serbuk kopi

Ambil sedikit serbuk kopi dan letak di bahagian ulser. Selepas itu, korang kumur dengan air kosong.

3) Air Garam

Cara ini adalah kaedah rawatan tradisional yang paling popular diamalkan untuk menghilangkan ulser mulut.

Kaedah ini berkesan kerana air garam boleh membunuh kuman pada ulser mulut. Air garam yang bersifat asidik, memberikan keadaan yang tidak sesuai kepada bakteria untuk hidup dan membiak.

Cara menggunakannya adalah:

  1. Sediakan 1 sudu teh serbuk garam dan segelas air
  2. Masukkan garam tersebut dan kacau sehingga sebati
  3. Berkumur air tersebut, 3 kali sehari

Alternatif kepada garam adalah baking soda.

4) Yoghurt

Yoghurt mengandungi acidopjilus. Kandungan itu menjaga keseimbangan bakteria dalam mulut dan badan. Yoghurt dapat menghilangkan ulser dengan cepat.

5) Gunakan Mouthwash

Selain daripada air garam, anda juga boleh menggunakan mouthwash seperti Listerine atau Colgate Plax untuk menghilangkan ulser mulut. Cara penggunaannya adalah sama dengan penggunaan mouthwash, seperti biasa, berkumur kemudian ludah.

Berkumur sebanyak 2-3 kali sehari, dan yang paling penting adalah jangan telan air mouthwash itu.

Sekiranya anda mengalami ulser mulut di tekak, maka cara ini adalah terbaik. Anda perlu gaggle mouthwash ini agar sampai pada tempat ulser tersebut. Tetapi ingat, jangan telan.

6) Gunakan Lemon Atau Limau

Perah sedikit jus lemon/oren/limau dan sapukannya pada ulser tersebut dengan menggunakan jari (sudah dibersihkan) atau putik kapas.

Ulangi cara ini sebelum dan selepas anda makan makanan berat.

Apa yang perlu dilakukan bila Ulser berterusan ?

Jika anda mengalami masalah ulser mulut secara berterusan dan berpanjangan (lebihan 2 minggu), sudah tiba masanya untuk merujuk doktor pakar. Hal ini kerana anda berkemungkinan mempunyai penyakit lain.

Tips mengelakkan ulser kembali

  1. Rendam berus gigi di dalam air suam selepas menggunakannya, untuk membunuh sebarang bakteria padanya.
  2. Banyakkan minum air, ia boleh membantu mempercepatkan proses untuk sembuh.
  3. Elakkan daripada makan coklat atau makanan bergula (manis) semasa mengalami ulser, ia boleh melambatkan proses penyembuhan.

Kesimpulan

Ulser mulut atau pecah bibir ini bukanlah satu masalah yang boleh meragut nyawa. Malah perkara ini biasa dialami oleh setiap orang, setiap tahun.

Oleh itu, janganlah bimbang kalau anda mendapatnya, setiap masalah mesti ada cara penyelesaiannya. Harap artikel ini membantu anda dalam merawat ulser mulut dengan berkesan.