5 Punca Anda Tidak Dipanggil ke Temuduga Kerja

1044
views

Anda lihat banyak jawatan kosong ditawarkan tetapi apabila anda membuat permohonan tidak ada satu pun daripada permohonan anda mendapat respone apatah lagi panggilan untuk dijemput menghadiri temuduga.

Punca Anda Tidak Dipanggil ke Temuduga Kerja

Akibat daripada ini anda mula marah dan menyalahkan pihak lain dan memberikan alasan seperti menggunakan kable,iklan jawatan kosong tipu dan sebagainya.

Jom kita buat sedikit analisa kenapa permohonan anda tidak berjaya ini mungkin kerana anda melakukan kesalahan-kesalahan yang kecil dan anda tidak sedar sehingga permohonan anda ditolak.

1. Resume dan Cover Letter Tidak Sesuai

Pastikan anda kemaskini resume anda berdasarkan jawatan yang anda ingin mohon, Tuliskan kemahiran yang berkaitan dengan jawatan yang anda ingin mohon dan paling penting pastikan anda menulis sebab kenapa anda mohon jawatan yang ditawarkan dan nilai tambah yang akan diberikan oleh anda jika syarikat itu mengambil anda berkerja.

Baca : 4 Benda Yang Wajib Ada Dalam Resume Anda

2. Tidak Layak / Terlebih Layak

Jangan mohon jawatan yang anda sendiri tahu anda tidak layak untuk menerimanya dan jangan mohon jawatan yang anda terlebih layak.

Pihak majikan mengeluarkan kos yang sangat tinggi untuk satu-satu iklan jawatan kosong jadi setiap orang yang mereka ingin ambil sebagai pekerja adalah orang yang benar-benar sesuai dengan jawatan yang ditawarkan dan boleh bertahan lama berkerja dengan mereka.

3. Kesalahan ejaan, grammar dan lain-lain

Jika resume dan cover letter anda penuh dengan kesalahan ini memberi makna kepada majikan anda tidak bersungguh-sungguh untuk berkerja oleh itu sila pastikan resume anda bebas daripada sebarang kesalahan ejaan.

Resume dan cover letter juga hendaklah mengikut format yang betul menggunakan font yang mudah dibaca, ringkas dan padat.

Suruh rakan-rakan anda semak resume anda dan minta padangan mereka tentang resume anda.

4. Bahasa yang sukar difahami

Pastikan anda menulis resume dan cover letter anda menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh majikan dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dalam setiap perkara yang ingin anda terangkan.

Baca : Tips Menulis Resume Yang Baik

5. Follow Up

Dalam satu-satu iklan jawatan kosong kadang kala majikan menerima ratusan permohonan dan mereka yang membuat follow up akan membuktikan kepada syarikat yang anda benar-benar berminat dengan jawatan yang ditawarkan dan semestinya resume anda akan diangkat untuk dibaca dengan lebih perhatian oleh majikan.

Anda boleh follow up majikan anda dengan menggunakan dua cara iaitu terus menghubungi mereka atau hantarkan Email Follow-up selepas hantarkan resume/cv.

Baca : Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai CV dan Resume

Panduan Lulus Temuduga Kerajaan

Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini memberikan rahsia-rahsia khusus bagaimana untuk lulus temuduga yang spesifik kepada jawatan kerajaan yang ditawarkan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Rumusannya untuk berkerja sekarang anda perlukan membuat kajian dan penelitian yang penuh supaya anda mampu bersaing dengan ratusan lagi permohonan.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here