5 Makanan Paling Popular Di Kalangan Pelajar

4919
views
Iklan Infopelajar2u

Zaman ketika hidup sebagai orang pelajar atau graduan, lebih-lebih lagi ketika awal-awal mula bekerja, duduk di bandar pula dengan kos sara hidup yang tinggi kadangkala mana sempat nak menyimpan duit.

Nak merasa makan sedap kena tunggu hujung bulan. Dengan gaji basic RM900-1200 duduk di KL pula mana tahan. Untuk pelajar pula, boleh kata bila hujung sem memang parah la. semua duit habis untuk barang projek, nak print report.

Rutin harian apabila sudah lapar, makan megi, lapar lagi cari pulak roti gardenia dengan jem kaya atau etc, lapar lagi bedal pula nasi bujang RM2.00.

Berikut adalah 5 makanan yang kerap kali menjadi pilihan pelajar bila dah sengkek :

1. Mi segera

Makanan ini memang ‘legend‘. Walau sejauh mana zaman berubah. Walau sudah bergaji tinggi atau berkahwin pun memang mi segera kena simpan dalam rumah.

Cuma bila sudah kahwin, kekerapan makanan mi segera berkurangan sikit sebab sudah ada tukang masak kan? Yang dah kerja pon duit dah ada, bolehlah makan sedap sikit.

blog_dakuamat_mi_segera

2. Biskut kering 4 segi cicah milo/nescafe

Makanan ini tak semestinya pelajar je, ada juga orang yang sudah bekerja makan macam ini. Cuma yang bezanya adalah kekerapan dalam sehari. Kalau masa belajar tak kisah kalau makan menu ini dari sarapan, makan tengah hari dengan makan malam.

blog_dakuamat_biskut_kering

3. Nasi putih, telur dan kicap

Ini pun salah satu makanan yang ‘glamour’ bagi pelajar yang dah takde duit / pemalas. Nak masak beraneka macam malas sangat. Malas satu hal, nak jimat duit buat beli barang belajar. Jadinya masak nasi, goreng telur letak kicap. Kalau nak sayur sangat, hiris saja timun. Sudah lengkap hidangan sepinggan.

blog_dakuamat_nasi_kicap

4. Roti kosong dengan Jem (Kadang-kadang bedal kosong je)

Makanan ini pun tak adalah nak dihairankan sangat, cuma bezanya kekerapan kita makan menu ini. Tak kisahlah seminggu pun makan menu yang sama. Roti kosong disapu jem kaya atau pun mentega kacang dari pagi, tengah hari dan malam.

Kalau dah duit takde sangat, memang makan kosong macam tu je la. Macam dalam iklan gardenia tu “Enak dimakan begitu saja~”

blog_dakuamat_roti

5. Nasi bujang

Dengan harga RM2.00 kita boleh dapat nasi putih, telur dadar dan sup kosong, kalau tuan kedai itu baik hati dapatlah merasa sup kaki ayam. Tapi sekarang tak pasti berapa harga bagi satu set nasi bujang ini. Hidangannya dari dulu sampai sekarang tetap sama.

Kenyang? Bolehlah sebagai mengisi perut ketika dompet tengah tak berisi lagi. Makanan ni popular dikalangan student, malah menu ini juga sesuai bagi yang ikat perut sebab tengah kumpul duit nak kahwin kalau korang bujang.