5 Kesilapan Anak Muda Sekarang Mengurus Wang

135
views

Individu dalam lingkungan usia 20-an kebanyakannya adalah golongan lepasan kolej atau universiti yang baru menempuhi alam pekerjaan.

Masalahnya, ramai diantara mereka mudah terjerumus ke lembah kemuflisan. Bila muflis, masa depan jadi gelap.

Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) 5 kesilapan ini punca utama anak muda jadi muflis.

1. Beli kereta baru

 

Baru kerja sebulan dua dah berangan nak beli kereta baru. Kalau nak beli kereta Myvi tu tak apa la jugak. Ini terus nak beli Honda. Gaji tak sepadan dengan harga kereta pulak tu.

2. Suka belanja guna kad kredit

Penggunaan kad kredit merupakan permainan yang berbahaya untuk kewangan anda. Anda berisiko untuk gagal membayar secara tetap dan perlu menanggung caj yang tinggi setiap bulan. Ia juga boleh menjejaskan markah kredit anda jika lambat dibayar pada waktunya.

3. Masih amalkan gaya hidup mewah

Kalau masa belajar ada yang berbelanja mewah itu pun hasil titik peluh mak ayah. Tapi, bila sendiri dah kerja takkan nak harapkan lagi duit mak bapak. Biarlah ikut kemampuan diri dan gaji.

4. Buat pinjaman pendidikan tapi tidak pasti kerjaya

Ramai anak muda yang tidak mengkaji tentang potensi kerjaya yang bakal diceburi, last-last susah nak bayar balik hutang pinjaman. Kalau yang perempuan pulak lebih suka jadi suri rumah lepas kahwin. Buang duit je la pergi belajar tinggi!

FAKTA: Pinjaman pendidikan adalah sejenis hutang yang kukuh dan wajib dibayar balik selepas tamat pengajian. Walaupun anda tidak menamatkan pelajaran atau berkerjaya selepas hari graduasi, ia tetap perlu dijelaskan tanpa kompromi.

5. Berhutang untuk majlis kahwin

Setiap orang mahukan yang terindah untuk hari bersejarah ini, namun tiada keperluan untuk membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk memori satu hari tersebut. Majlis yang indah tidak menjamin kebahagiaan anda buat selamanya.

Selepas berkahwin, tekanan membayar hutang boleh menyebabkan pertelingkahan di kemudian hari. Hutang yang terlalu banyak juga dikatakan antara sebab perceraian yang tinggi di kalangan generasi muda.

SUMBER

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here