5 Kesalahan Yang Perlu Dielakkan Dalam Penulisan Resume

1407
views
Iklan Infopelajar2u

Seperti kita sedia maklum resume adalah perkara yang sangat penting dalam permohonan kerja, Oleh itu kami ingin berkongsi kesalahan yang perlu anda ambil kira dan elak semasa menulis resume anda. Jom kita baca perkongsian daripada Tina Nicolai ini.

Wanita ini telah melihat lebih 40,000 resume selepas menubuhkan syarikatnya yang melibatkan bisnes resume sejak 2010. Sebelum itu, Tina Nicolai bekerja sebagai recruiter untuk Walt Disney World sejak lewat 1990an.

Pada waktu itu dia perasan kebanyakan pencari pekerjaan menghantar resume yang menjengkelkannya. Jadi, dia menubuhkan syarikat Resume Writers’ Ink untuk membantu pencari kerja untuk memasarkan diri atau pencapaian pada bakal majikan mereka.

5 Kesalahan Penulisan Resume Yang Perlu Dielakkan

1. Ringkasan yang terlalu panjang.

Ringkasan pada resume jadi menjengkelkan apabila ia terlalu panjang dan terlalu banyak adjektif. Jadi, sebaiknya ringkasan ditulis dalam bentuk poin dengan jelas menyatakan pencapaian berkaitan.

2. Permulaan point dengan “Bertanggungjawab untuk”.

Penggunaan ayat “bertanggungjawab untuk” hanya menerangkan job requirements, bukan menerangkan apa yang boleh dilakukan oleh calon tersebut dalam melakukan fungsi yang dinyatakan.

Sebaiknya, ambil masa untuk menulis dengan keterangan yang jelas apa yang telah dilakukan dan dicapai, bukan tulis tentang apa yang diharapkan untuk calon capai atau lakukan.

3. Kecuaian akibat kurang beri perhatian.

Typo dalam resume ialah antara kecuaian yang boleh menyebabkan bakal majikan menolak resume tersebut. Ia menunjukkan calon itu seorang yang pemalas, tidak fokus dan tidak serius sehingga kecuaian sebegini berlaku.

Selain itu, pemilihan muka huruf yang tidak profesional turut diperhatikan oleh bakal majikan. Pernyataan maklumat yang ketinggalan zaman dan tidak relevan juga boleh menyebabkan recruiter berasa jengkel dengan resume tersebut.

4. Perkataan gempak dalam resume.

Jargon resume seperti “out-of-the-box”, “pemain pasukan,” dan “komunikator yang luar biasa” adalah “dasar asas yang dijangkakan dalam pasaran hari ini,” kata Nicolai.

“Seseorang yang benar-benar adalah ‘penyelesai masalah unik yang berfungsi dengan baik dalam pasukan’ akan menyampaikan perkara ini secara ringkas dan kreatif pada resume mereka melalui gabungan beberapa perkataan dan gambaran.”

5. Terlalu formal.

Jika anda rasa beraksi formal itu bagus untuk dapat peluang pekerjaan, mungkin anda perlu fikirkannya semula. Ini kerana resume yang terlalu formal menjengkelkan pembaca apabila ia tidak menarik dan tidak boleh merasai vibes personaliti calon/pemohon kerja.

Kesimpulan

Kami harap perkongsian mengenai kesalahan dalam penulisan resume ini dapat memberikan idea untuk anda membina resume yang terbaik dan dapat menarik perhatian majikan anda untuk jadikan anda pekerja mereka.

Moga ini membantu meningkatkan peluang anda mendapat pekerjaan yang dimohon kelak. Jangan Lupa share kepada rakan-rakan anda.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter