5 Cara Belajar Untuk Dapatkan Keputusan Yang Baik

13078
views
Iklan Infopelajar2u

Bukankah bagus kalau kita tidak perlu untuk terlalu fokus kepada pembelajaran dalam masa yang sama kita dapat meningkatkan cara pembelajaran kita?

Ini bukanlah main-main, tapi kalau dipraktikkan dan dilakukan secara bersungguh-sungguh ia benar-benar akan berhasil.

Ada beberapa cara yang boleh meningkatkan anda kualiti belajar dan mengurangkan masa yang anda perlu habiskan untuk memahami semua maklumat yang diberikan kepada anda.

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan kepada cara-cara belajar yang efektif, berkesan dan beberapa tips yang boleh membantu.

Cara Belajar Untuk Dapatkan Keputusan Yang Baik

1. Mengajar orang lain apa yang anda belajar

Mengajar orang lain apa yang anda belajar akan menguatkan maklumat dalam memori anda dan pada masa yang sama membuat proses belajar lebih banyak bersenang-senang.

Mengajar orang lain apa yang anda belajar akan menguatkan sistem maklumat dalam memori anda dan pada masa yang sama membuat proses belajar lebih senang.

Cuba untuk masukkan apa yang anda belajar dah belajar dalam perbualan akan membuat imej yang lebih jelas dan akan membantu anda dalam memahami dan mengingat apa yang sudah dipelajari.

2. Memanfaatkan waktu yang ada

Setiap pelajar diharapkan mampu memanfaatkan waktu di mana pun berada. Misalnya sambil-sambil jalan mengunggu bas, atau sedang makan, cubalah selitkan ruang untuk membaca satu muka surat atau mengingat pelajaran yang telah dibaca.

Jika anda mempunyai banyak komitmen semasa anda menjadi pelajar ataupun mahasiswa, anda kemungkinan mempunyai banyak benda untuk fikirkan.

Ini boleh mengganggu tumpuan anda semasa belajar. Oleh itu, anda sebaiknya menghilangkan gangguan tersebut sebelum memulakan ulangkaji.

Cuba selesaikan kerja ataupun apa-apa komitmen yang boleh mengganggu anda itu terlebih dahulu sebelum anda mengulang kaji.

3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Pastikan dalam jadual anda itu mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur yang mencukupi (6-7 jam semalaman) setiap malam boleh memberikan kesan yang sangat besar kepada prestasi pembelajaran anda.

Hal ini sangat penting sekiranya anda perlu mengambil ujian pada keesokan harinya. Pastikan anda tidur pada malam sehari sebelum ujian itu, elakkan daripada mengamalkan amalan tidak tidur sebelum ujian.
Dan jangan belajar last minute!

Satu kajian telah membuktikan bahawa orang yang mendapat tidur yang mencukupi mempunyai prestasi yang jauh lebih baik daripada orang yang tidak/kurang tidur dari segi ingatakan dan daya pemikiran.

Namun, jika anda memang tidak sempat untuk belajar atas sebab-sebab yang lain, anda boleh mengambil tidur sekejap pada malam harinya untuk beberapa minit (15-30 minit) sebelum mulakan ulangkaji.

Kunci jam terlebih dahulu sebelum tidur untuk mengelakkan daripada tidak jaga, ataupun minta rakan kejutkan anda.

4. Belajar pagi hari dan buat jadual belajar

Belajar di pagi hari lebih, otak lebih mudah menerima apa yang sedang dipelajari, kerana otak masih segar dan buatlah satu jadual belajar

Patuhi jadual yang sudah ditetapkan.

Jangan mengikuti perasaan negatif. Mungkin ada satu pelajaran yang membosankan, sebaiknya ikuti saja, itu memang tugas anda sebagai pelajar harus mengikuti semua pelajaran yang sudah ditentukan.

5. Fokuslah pada pelajaran yang lemah

Jika ada salah satu pelajaran yang susah untuk difahami, seringlah bacanya berulang-kali. Kalau masih tak faham juga tanyakan saja ke guru atau rakan yang lebih faham.

Semasa mengulangkaji, tekankan apa yang sangat penting dahulu. Fakta-fakta yang kecil itu dikemudiankan pun boleh. Utamakan asas-asas dahulu.

Buat juga latihan dengan menjawab soalan-soalan past year. Dengan adanya latihan ini, kita akan lebih mudah untuk memahami bentuk soalan yang akan keluar nanti.

Dan sekiranya anda seorang yang agak lambat untuk memahami sesuatu, anda perlu peruntukkan masa yang lebih banyak untuk belajar.

Tips Belajar Tambahan

  1. Selain menghafal, anda perlu mengetahui/menguasai apa yang anda hafal tersebut, sehingga anda boleh menerangkannya kepada rakan-rakan yang lain.
  2. Belajar dengan orang yang rajin dan pintar boleh memberikan anda semangat. Seeloknya jadikan mereka sebagai rakan belajar anda.
  3. Berikan kekuatan untuk anda belajar dengan menonton video atau mendengar kata-kata semangat.
  4. Belajar satu subjek dalam sesuatu masa. Elakkan campur aduk dengan subjek yang lain.
  5. Berikan rehat dan hadiah kepada diri sendiri setelah anda berhasil mencapai sesuatu, seperti menyiapkan latihan ataupun mendapat keputusan yang cemerlang. Kadang- kadang anda pun perlu bergembira.
  6. Jangan menangguhkan kerja. Belajar dan ulangkaji pelajaran pada awal wakut untuk elakkan daripada tidak sempat pada saat akhir.
  7. Kebanyakan buku teks mempunyai chapter review pada permulaan topik. Jadikan ia sebgai satu panduan akan apa yang anda perlu kuasai.
  8. Pastikan anda faham konsep subjek/topik yang anda sedang pelajari. Jika tidak, anda akan merasakan ianya tersangat sukar.
  9. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, anda digalakkan untuk menyalin semula apa yang anda ingat ke atas kertas putih.
  10. Jangan lupa akan keberkatan ibu bapa dan para guru. Pastikan anda meminta mereka doakan anda untuk mencapai keputusan yang baik.

Baca Juga :
[+] Bagaimana Untuk Menjadi Bijak
[+] Tips Belajar Sebelum Menghadapi Exam

Kesimpulan

Belajar tiada akhirnya. Belajar tiada titik noktah. Oleh itu, anda perlu memanfaat apa yang anda ada sekarang untuk belajar dengan sebaiknya, dan dapatkan keputusan yang berbaloi dengan usaha yang anda curahkan.

Kami di infopelajar2u berharap panduan yang disenaraikan di atas dapat membantu anda dalam pembelajaran anda.